expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

March 6, 2013

Lahad Datu


Taken from Wardina's FB. 

Somehow, I agree. Antara percaya dan tidak, antara nak percaya dan tidak. 

Saya terima message ini "assalamualaikum..wardina.. nak tnya sikit.. hurm.. takde ke post berkaitan dgn isu pncerobohan lahad datu ni..saya stay d sabah.. n rmi lagi.. wardina perihatin tak pada kami d sini?? slalu ada je sumber inspirasi yg menjadi kan kami strong..tp tiada lgsg ni.. trasa pula saya.. i love islam.. n i love my country.. and we r scared.. we need inspiration n motivation from" -

Jawapan saya :Saya sentiasa berdoa dan hati saya bersama anda semua, ianya pasti mengerikan dan mendukacitakan. Negara kita yang sering dirasakan selamat diceroboh, bermakna ianya tidak selamat seperti yang diwar-warkan. Perasaan yang serupa dialami apabila rumah saya dipecah masuk, rumah yang 'sepatutnya' selamat tidak lagi. Kita hidup dalam ketakutan. Ianya mimpi ngeri pastinya.

Saya cuma enggan memberi komen kerana ianya sudah terlalu dipolitikkan sehingga saya tidak lagi rasa mahu membaca berita. Saya juga takut memberi komen kerana tidak yakin yang akan memberi komen dibawah petak 'comment' akan berhemah. Saya mual membaca kata-kataa dusta, fitnah dan makian. 'Berita' juga tidak telus, entah betul entah tidak. Walahualam. . Saya dan anda semua mungkin tidak akan mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Apa yang pasti semoga ada pengajaran disebalik peristiwa ini untuk semua yang mahu mengambil pelajaran. May Allah protect us all. May we live and die a worthy life.



Sama-sama kita doakan ianya berakhir segera dan kembali aman. #prayforsabah


No comments: