expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

March 29, 2013

Online Sellers Customer Service


Aku mengaku aku memang kaki membeli online. Tak kiralah through websites, blogs, facebook hatta through instagram pun pernah. Memang gamble aje lah.

Setakat ini, alhamdulillah tidak pernah lagi tertipu. Eh ada, sekali. Walaupun dah selidik latar belakang seller, tetaplah tertipu jua. Mujurlah amount tak berapa banyak but still, tipah tertipu. Aku redha je la, harap-harap beliau insaf.

Recently aku ada membuat online purchase. Dari awal conversation through iMessage memang ok. Untill I made payment. Memang habit aku akan inform seller aku dah buat payment although email juga sudah dihantar. Sekadar memudahkan cara orang kata. Ye la, kita paham bukan kita je pembeli yang buat payment kan, unless kalau payment through website yang ada sistem tu, memang takdelah aku inform ke hapa. Ini berkisar yang bank in duit punya konsep.

Dear online sellers, dah nama awak penjual online, komunikasi adalah vital. Sekarang kita ada bermacam bentuk komunikasi, mari aku list kan ye. Email, facebook PM, twitter DM, whatsapp, iMessage (iphone to iphone), BBM (BB to BB) dan sms yang pada aku, kalau kau ada handphone (smart ke dungu) mesti ada SMS. Fullstop!

So, silalah BERKOMUNIKASI dengan customer. Bukan diam seribu bahasa. Memang awak takde niat nak menipu tetapi membiarkan customer tertanya-tanya, tertunggu-tunggu adalah kurang sopan. Oh wait, bukan kurang tapi memang tidak beradab. Nak bercuti ke hapa ke, usahakan memaklumkan pada customer tentang urusan jual beli. Tak susah pun, just acknowledge payment received and item will be delivered sekian-sekian hari. Bukan left hanging begitu sahaja tau-tau customer dah receive barang. Itu mujurlah receive, kalau tidak? Apa kau bercuti dalam gua ke sampai tak boleh langsung nak communicate ni?

So (again), thank you for the item purchased. I am very much happy with the item although I felt cheated in the first place. Cant blame me when you are the ones went missing.

Sekian bebelan Jumaat.



No comments: