expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 13, 2013

Katalog IKEA


Dah lamaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak pergi Ikea. Berbulan dah rasanya. Since 2014 catalogue dah keluar, marilah buat lawatan sambil makan meatballs. Ehhhh

Aku pergi semalam. Dengan budak kecik ni. Kebetulan Dania pun ada field trip pegi Petrosains & Aquaria, aku pun buatlah field trip ke Ikea. Ekekeke


Korang tau Ikea ada smaland? Play area bawak tangga naik Ikea tu. Haaa aku dah lama perasan tapi tak pernah berani nak tinggal anak situ. Since semalam working day and aku tengok tak ramai budak dalam tu, aku tinggal la si Nisha situ. FREE rupanya. Tapi ada 1 hour time limit. So within 1 hour tu bolehlah makpak survey barang kat Ikea dengan lebih tenang. Bagus konsep ni, mak sukaaaaa sangat :p 

Mula-mula aku risau jugak. So 5 minit aku duk berlegar-legar depan Smaland tu jenguk-jenguk Nisha. Kutlah nangis ke apa kan. Nampak ok je. So aku pun berjalanlah dengan tenangnya. tengok kiri, tengok kanan. Belek barang ni, belek barang tu. Soranglah kata kan hahahaha




Ni pic masa aku tinggal. Masa ni ada dalam 7 / 8 orang je kut. Lepas almost 1 hour, aku datang tengok dia dah main kejar-kejar dengan sorang budak amoi. Macam ayam dengan itik je aku dengar conversation diorang tapi sakanlah main. Sorang jatuh, sorang lagi gelak. Repeat cycle. Wahh enjoy habis. So aku continue berjalan-jalan lagi. 




Nak semua ni plsssssssssss. Bestnye berangan bilik untuk budak-budak. Tapi berangan dengan keadaan bilik tu lawa sepanjang masa memanglah best. Reality check plssssssss. HAHAHAHAHA

Dah dahhhh, habis berangan. Pi pikap anak. Jenuhlah ajak keluar. Mommy kau ni tak sabar nak makan nak oiiiii. Ingat working day tak ramai orang. Sekali queue kat cafe berjela-jela. Haihhhhhhh. Settle beli, dapat seat kat playarea lagi. Ohhh syukurrrrr. Nisha ni bukan macam kakak dia. Dania kalau disuruh makan, dia akan duduk setempat dan makan. Sampai habis. Lepas tu barulah buat benda lain, main ke apa ke. Nisha lain, makan tu tak penting. So sambil main, sambil makan. Memanggg lamaaaa sangat nak tunggu dia habis.



Ohhhh my meatballs ;p

Lepas makan, continue tengok barang sebelum check out. Lepas bayar, mujurlahhhh tergerak hati aku nak check resit. Sebab rasa macam 'ehh aku beli tak banyak mana apsal bayar banyak pulak'. Confirm, cashier tu double charge 1 barang aku. Haihhhh sebbaik masih kt situ. Kalau dah balik rumah? 

So menunggu settle kat customer service counter. Tak ramai orang. Tapi sebab kena jugak tunggu sekejap, jadilah begini....................




HAHAHAHA kepenatan. Tahu tak troli Ikea ni tak boleh tolak sampai kereta? Cemana aku dengan handbag, dengan beg dia, dengan dia dengan barang-barang beli tu? Haihhhh. Dah jadi mak-mak ni, rasa segan malu nak ask for help tu dah takde. Janji boleh settle kekdahnya. Dari kejauhan aku dah nampak cleaner Ikea berjalan. Dalam hati duk doa tolonglah jalan ke sini tolonglahhhh. Tinggg, Allah memang Maha Adil. Dia lalukan hamba Allah itu depan aku, dan macam faham dengan situasi aku, terus tolong angkat barang & beg pink Nisha tu bawak ke kereta. Ohhh may Allah bless you, insya Allah. 

A day trip to Ikea. Hihihihihi




p/s: Ehh kata malas update dah :p

1 comment:

Zety Zin said...

Meatballs yang sedap!!! Tingin jugak!