expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

February 12, 2009

The Negotiator

Susah bila banyak extended weekends nih. Susah apa? Susah nak mengajak Dania ke nursery. Macam-macam helah dia.

Selasa 3 Feb, 730am
Saya: Nia, today Nia gi school ye. Jumpa kawan-kawan, jumpa cikgu. (school = nursery)


Dania: tak nakkk...... (siap lentok ok)


Saya: Bestla pegi school. Ada nyanyi-nyanyi, boleh main slide, makan dengan kawan, dengan Wafi, Nana (Wafi & Nana ni bestfriends dia...asyik bertiga ni jek)


Dania: ok...ecok ye pegi shool. (esok ye pegi school)


Saya: Hari ni la...esok pun pegi school lagi ok?


Dania: Ok...pegi kedai dulu ya..


Dan sebelum hantar ke nursery saya kena pusing ke kedai dulu. Nasib baik kedai tutup lagi.



Selasa 10 Feb 7.45am
Saya: Nia, jom pegi school.


Dania: Tak nakkkkkkkkkkk (xde lentok dah...main jerit je)


Saya: Dah, jom-jom. Mummy lambat dh.


Dania: Nia tengok tigger and pooh dulu


Saya: Nanti balik school kita tengok tigger and pooh laa


Dania: Nia hungy (hungry). Bubur dulu ya


Saya: Eh Nia, Wafi dengan Nana makan bubur kat school. Nia nak?


Dania: Nia nak


Saya: Haa...Jom pegi school.

Dania: OK


Dan kali ini, bergegas saya hantar Dania ke nursery supaya dia tak tukar fikiran lagi. Isnin depan ntah apa pulak idea budak bulat comel ni.

2 comments:

noniey said...

lawak betul dania ni. tu lah jadinya bila anak2 dah pandai nak jawab soalan kita. hehehe

Anonymous said...

huhuhu...
kiddos... :)