expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

February 25, 2009

Tak Macho!

Pagi ini saya drive sendiri ke opis kerana ayah boss saya dan mem ada meeting di Putrajaya. Kadang-kadang memang saya tunggu peluang ini, kenapa? Hmm..sebab saya boleh dengar radio pilihan saya samada Mix.fm atau Hot.fm. (dulu2 suka Hitz.fm tapi lately lagu-lagu dah tak kena dengan jiwa..err...dah tua ke aku???). Dan sebab lain, saya boleh menyimpang menyinggah ke mana-mana saya nak....oppss...

Jadi pagi ini lepas hantar Dania ke school, saya singgah ke kedai roti canai berdekatan rumah untuk breakfast. Selepas menyentap makan roti boom, saya decide to go straight to the office because a few of my clients are waiting for my proposals. Fine! Masuk ke MRRII, jalan jam. Jam teruk sangat. Dalam hati dah agak ni mesti ada accident. Tup..tup dalam radio ada announcement memang MRRII jam teruk sebab ada kemalangan di simpang masuk ke UIA.

Dalam berkira-kira nak teruskan di MRRII atau masuk ke jalan-jalan dalam meredah taman perumahan, traffic light bagai, ada satu Rex.ton ni nak potong que masuk depan keta comel saya. Hello!! signal dulu boleh tak bang?? Oleh kerana saya kiasu pantang orang tak bagi signal tapi main nak celah je, saya tekan minyak dan terus rapatkan saf ke keta depan. (boleh ke bayangkan situasi ni??) So encik abang Rex.ton terpaksa masuk lane saya tapi dibelakang saya.

Lepas tu, saya belok ke kiri setelah membuat keputusan untuk ikut jalan dalam. Guess what? Encik abang Rex.ton pun ikut. Being me, saya memang suka bawa keta laju, so saya memandu dengan laju. Dan setelah beberapa ketika saya perasan, encik abang Rex.ton itu macam mengejar-ngejar saya. Atau dalam erti kata lain, cuba untuk berlumba dengan saya.

Ahha...ni memang mak pantang!! Dipendekkan cerita, saya sampai dulu di traffic light yang pada ketika itu merah dan baru bertukar hijau. Elok lampu hijau, encik abang Rex.ton sampai tapi memotong ikut lane ke kanan walaupun kami mahu ke depan. Dan ye, memang sekarang dia dihadapan tapi pada saya dia main tipu. Paling tak kuasa nyah, siap potong ikut lane salah pun sempat nak jeling ke saya. Apakah???

Gasak ko la encik Rex.ton. Kalau menang tapi main tipu.............TAK MACHO OK!!!

5 comments:

l i e y n said...

wahhhh speed devil gak ko ni...
aku ingat aku sorang je...sampai en suami kata kalau naik kete ngan aku rasa tak secured-evil tak?

kalau ada driver mcm tu jgn layan fatin-x elok utk kesihatan...dia main2 kan kita jekk

mentang2 le bawak rex.ton!

FAM said...
This comment has been removed by the author.
FAM said...

kewanitaan & kecutetan keta aku tercabar. hehehehe. dlm2 berani pun takut gak, tiba2 mamat tu road buly ke kan. jauhkan lah!

Fateen SM said...

wahh..xsangka dlm kelembutan wajah itu, terselit jua sifat macho..
huhuu, mmg bro rex.ton tu xmacho sungguh..
boleh tahan garang gk yea.. sib baiklah dia xbuat benda pelik2..
huishh, dijauhkan..
re:respectlah tp b careful k..

Cutestamoi said...

Oits.. Marabahaya sungguh ko nie. Jangan ikut perasaan. Aku kalo tak puas ati, honk jer kuat2.. Jangan carik pasal, kang kite sendiri jugak rugi.. Sebbek die tak langgar ko ke aper ker.. Kot die panas baran.. Ha.. Naya..