Semalam saya ada beberapa appointment dengan orang-orang pegawai-pegawai kerajaan perihal kerja. Di mana? Putrajaya. Kompleks E dan D, to be precise. Untuk ke kompleks E tidaklah menyakitkan hati sangat, saya masih dapat cari parking untuk kereta comel saya dicelah-celah bangunan. Selepas abis business meeting, saya bergegas ke kompleks D pula. Saya memang tak suka ke kompleks D nih, parking susah yang amat. Dan, seperti yang dijangka, saya terpaksa parking di luar kompleks D, di tepi-tepi jalan line kuning (maknanya tak boleh parking). Saya tengok ramai yang park kereta mereka di situ, mungkin sebab tak boleh masuk ke kompleks D tu. Saya pun join mereka. kalau kena saman, sama-samala kena dan nasib saya baik, tak kena.
And guess what, meeting saya abis dalam pukul 415pm, hujan dah lebat yang amat. Dan saya tak bawak payung sebab masa saya masuk, cuaca amatlah panas terik. So, terpaksa la saya tunggu hujan reda. Tengok jam dah 510pm, dan masih hujan walau tak lebat sangat. Saya redahkan juga sebab kalau tunggu lagi, alamatnya malam la baru saya sampai rumah. Dan semalam saya memandu balik ke rumah dalam keadaan basah kuyup.
Tolonglaa Putrajaya oiii!!! Korang ni wat town planning camne hah?? Buat bangunan cantik2, gabak2 tapi parking system takde. Ohh please don't ask us to park & ride coz its so not practical ok!!
2 comments:
ohhh agreee...tu tak tgk lagi jammed maut kul 7.30-8.00 pgi.i rasa kalah KL..mmg hampeh betul town planning diorg dgn parking yg tak ckp..dr buat pagar kat parcel E tu baik wat parking betingkat kee..
no komen..sebab aku pun baru 2-3 kali gi. tu pun weekend.. memang adalah parking time tu..
Post a Comment