expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

April 28, 2009

Birthday Abah Laaaa...


Saya ada story nak cerita. Tadi mommy panggil saya, suruh bawak color-color (color pencils) saya. Mommy cakap,

"Nia, kita ada mission." Mission tu apa ek? Saya tak tau tapi buat-buat tau. Saya kan pandai..

"Kita ada mission mommy?"

"Aah. Tak boleh cakap kat abah. Kena shhhhhhhh" Beriya-iya mommy buat muka, siap muncung-muncung mulut mommy.

Saya tak berapa paham mission mommy dengan saya sebenarnya nih, tapi saya ikutkan aje. Saya kan good girl. Mommy penah cakap, kalau Nia good girl, Nia dapat cokelat, es krim. Allah sayang. Haa, kan best jadi good girl mommy. Macam-macam dapat. Lagipun tadi saya nampak kotak besar kaler red, ada lilin atas kotak tu. Mesti cake kan?

Ok, mission saya dengan mommy adalah color-color. Mommy draw, saya color-color. Eleh, bukan mommy draw pun. Saya tau. Sebab A B C tu macam dalam book saya. Best jugak mission nih. Tapi mommy ni garanglah. Saya nak color lain, dia tak bagi. Dia suruh color yang ni sampai siap baru boleh color-color lain. Boring la. Saya ni cepat bosan. Kena cari entertainment lain tapi mommy marah sebab color-color ni tak siap lagi. Lepas tu suruh color cepat-cepat, nanti abah balik. Tapi tak bagi keluar-keluar nanti tak cantik. Mommy ni macam-macam tau. Since saya ni good girl, saya color je la, paksarela. Dah lama tu, akhirnya siap pun color-color saya. Aunty nak tengok ke? Ni dia...

Haa...pandai tak Nia color-color?

Haa, ada happy birthday. Yeayy!! Saya suka happy birthday sebab bila happy birthday ada kek. Saya suka makan kek. Tapi mommy cakap kena tunggu abah. Laa, bukan happy birthday saya ke? Tak kisahlah, janji saya nak nyanyi happy birthday to you, saya nak huuhh huuh (tiup lilin). Pastu saya nak makan kek.

Tadi mommy dah ajar, abah balik je saya kena hug abah terus nyanyi happy birthday to you abah. Jenuh saya practise tau. Good girl kena buat betul-betul. Nanti mommy, nenda, papatuk gelak. Diorang tu suka gelakkan saya. Saya tak suka tauu!

Aunty nak tau, tadi abah balik je saya lari-lari hug abah. Saya nyanyi happy birthday to you. Tapi saya lupa lirik. Haa, memang betul la nenda ngan papatuk gelakkan saya. Tapi lepas saya nyanyi salah lirik, abah tepuk tangan. Abah kiss saya. Saya suka sangat. Pastu mommy cakap boleh makan kek. Yeayyy!!! Haa, ni gambar saya tolong abah potong cake.

Haa...saya tolong abah potong cake.

Lepas makan kek saya lupa la apa jadi sebab saya dah penat sangat. Mommy brush teeth saya, tukar pampers, nenen jap, lepas tu saya tido.

Oh abah, happy birthday. I love you abah. Muahhs

Love,
Dania



p/s: Mr. Hubby birthday was yesterday.

7 comments:

Nurhayati said...

Happy Belated Birthday To Abah Dania!!!
semoga panjang umur & dimurahkan rezeki =)

mamaDhea said...

happy belated birthday Abah Dania!! ;)

mama uzma said...

happy belated birthday abah....!!

comeiii nia kaler2...

MommyDania said...

on behalf of abah dania; Thank You :)

l i e y n said...

pandai nia tulis blog....
happy birthday to abah nia...
adakah cake itu buatan mommy nia or white choc macadamia from SR?
please impressed me!!!!!
heheheheheheh

MommyDania said...

lieyn: mommy beli sendiri and you're right la aunty, it is white choc mac nut of SR! you're good aunty!

mak tak dan nak buat menda. dr pg ke ptg duk kt putrajaya nuh. masak-masak postpone to weekend la..

noniey alias said...

happy belated birthday abah nia..