expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

April 23, 2009

KuasaNya

Baru-baru ni TNB ada hantar notis bekalan elektrik terputus untuk hari tertentu. Nasib baik siang, so memang takde orang di rumah. Tapi pada hari kejadian, we all semua lupa untuk bawak kunci utama untuk meng'unlock' automatic gate (ye la..nanti petang balik kena bukak pagar secara manual sebab siang tu dah black-out kan).

So in order untuk masuk rumah, kena bukak pagar kecik (pagar ni attach skali dengan auto gate tu, tapi guna mangga-bukan buah tu ye). Mula-mula papa saya cuba, tak berjaya. Saya pulak. Juga tak berjaya. Kenapa? Mangga tu jarang digunakan, akibatnya berkarat. Mama saya bawak Dania ke kedai runcit, beli minyak masak. Cubaan untuk softkan mangga tu.





Tak berhasil juga!





Lepas lebih kurang 15 minit, saya call Mr. Hubby suruh balik cepat. Kalau takde cara lain, Mr. Hubby kena panjat pagar jugak lah. Time dah 7.10pm, kejap lagi Maghrib. Papa saya suggest untuk ke surau-solat and tunggu Mr. Hubby balik.



Sebelum naik keta, saya tergerak hati nak cuba unlock mangga tu lagi. Papa saya angkat bahu jek. So saya pun cuba..



Dengan lafaz bismillah, sedikit doa mohon pertolongan Allah...








mangga tu dapat dibuka...dengan senang jek!


Dan sejurus mangga dibuka, saya dengar azan Maghrib. Dalam hati saya,


"Ya Allah, besar betul kuasa Kau. Dengan sedikit ingatan pada Kau, Kau bukakan mangga ni dengan senang. Alhamdulillah, syukur"



Hmm, kadang-kadang kita saya lupa..lupa nak ucap bismillah setiap kali buat sesuatu. Ingat time nak makan jek! Walhal, dalam setiap perbuatan perlu didahulukan dengan bismillah..kan?


Apa yang menggerakkan hati saya untuk berdoa walaupun pendek tatkala membuka mangga tu? Ini.












Saya terperasan buku ni dalam blog kawan-kawan. Tak ingat sapa, saya rasa Mimielola kut. Mula-mula tak terfikir nak baca atau beli. Serius saya ingat ianya buku panduan haji. Tapi suatu hari tu saya ke pasar malam, ternampak buku ni. So saya belek-belek, terus beli. Within satu hari saya khatam. Memang menginsafkan. Oh, ianya bukan buku panduan haji tapi boleh juga digunakan sebagai panduan. Its more like a novel.

Bacalah...sangat membuka hati!

6 comments:

l i e y n said...

fatin,
pernah tengok pasal buku ni dalam rancangan 'Iktibar dari Tanah Suci'-astro oasis...
nnt nak cari le...

kaezrin said...

i wish buku nih dah kuar before I pegi..

but whatever pun, niat kiter....

Mrs Noba said...

then read the book travelog dakwah pulak by the same author.
pun menginsafkan jugak...

MommyDania said...

lieyn: bacalah..mesti tersentuh

kaezrin: yes, nawaitu

MN: i saw that dakwah book ari tu tp one at a time. u dh baca ye?

Mrs Noba said...

dah baca.

kirana said...

insyallah nnt jmpa nak beli,
pengisian rohani ni pon dah kosong lak rasa..