expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 21, 2009

Dania


Macam dah lama saya tak cerita pasal Dania. Eh, ada ke yang kesah? Takpe laa..kurang-kurang saya boring-boring nanti saya baca sendiri. Kah kah kah....kesian..

Bulan depan genaplah Dania berumur 2thn 1/2 or 2 1/2 thn, mana yang betul ek? Dalam umurnya menginjak ke angka 3 ni, dia masih mengamalkan nenen sebagai pengulit tido. Ya, anak saya masih breastfeed as and when dia mahukan. Kalau kata di KLCC ke dalam kereta ke, kalau dia nak, sometimes dia akan cakap dengan nada yang agak kuat,
"Mommy, Nia nak nenen!!!" Oh...mommy malu nak oiii! Hatta segala umat akan pandang dan senyum kambing segala. Saya dah hampir takde idea macam mana nak berhentikan nenen nih. Dah segala trick saya buat, letak kicap, asam jawa, garam segala semua sudah. Dah cakap baik-baik, gunakan psikologi, tak jalan. Dia jawab, "Ok, one je ok mommy. One je". *sighhhh*

Dania juga seperti budak-budak lain, aktif bermain. Kadang-kadang dah pandai minta ke Jusco untuk ke playground atau lari-lari di water fountain. Nasib baik Jusco tu dekat aje dengan rumah, bolehlah saya melayan kehendaknya. FOC pulak tu...itu yang penting! Kah kah kah
Saya perhatikan anak saya lebih cenderung kepada buku atau flash cards (bergambar animals, things, numbers, ABCs etc) dan colouring book berbanding mainan lain. Bukan tak suka main tapi attention span dia terhadap mainan sangatlah sekejap. Tapi kalau mewarna, dia boleh concentrate lebih dari 30minit. So that is why kat rumah saya tak banyak mainan, dan kerana itu bila saudara mara saya datang dengan anak kecil, diorang akan pelik sebab Dania tak banyak mainan. Jangan depa ingat saya ni mommy yang kedekut sudah...huhuhuu.

Kalau dah nama anak dara, memanglah gemar bersolek bagai. Pantang nampak saya pegang make-up pouch saya, dia sibuklah sama. Yang dia tau guna lip balm dan blusher. Siap aliskan pada pipi..adussss, punah la kulit muka sayang oiiii! Sekarang nak ke mana-mana, biarlah dia yang memilih baju. Kalau tidak, akan terdengarlah suara nyaring menjerit-jerit mempertahankan baju pilihan dia. Setakat ni saya masih ok dengan pilihan dia, walau kadang-kadang tu ada off jugak lah kan...

Ok la...macam banyak pulak coloteh pasal Dania...jangan naik muak udah le.. Sambil-sambil tu kita layan gambar anak dara saya nih.....layannnzzzzzz ;)




8 comments:

Diver Mom said...

alahai comelnya Dania..

(saya ingat dania kecik lagi.. dah mommy nya tepek gambar dania time kecik2 di profile picture!)

oh.. bagus la, masih bf! :)

erm... bila nak tambah lagi sorang..? :D

Nina said...

dania sanagt gebusss..meby coz die nenen lagi.

FAM said...

zu: dh nak tiga tahun :) insya Allah

Nina: hye! yes, and dia sgt suka mkn

l i e y n said...

oo dania rupanya sebaya amir..
amir ada adik tapi dania?? mesti dia tak sabar2 nak dapat adik tu....
kalau nak cite pasal keletah anak2 kita yang sedang membesar memang seronok.....
2000 words tu selamba je....

JaNnAh said...

ala.. comey dania skang eh.. montoks cam mommy dania jugak..!!! wahahahahaha..

FAM said...

lieyn: sabo..sabo. nt dania kejar

acu: hamboi..hamboiii!!! ;p

Queenin Murni said...

eh.. boleh masuk todller contest nih! cute, sepecially yg main lidah tu.. :P

link: http://damiaqish.blogspot.com/2009/05/toddler-super-model-contest.html

FAM said...

Queenin Murni: wow? contest? hmmm... hadiah utk anak ke maknye? hahahahahah