expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 5, 2009

Uda dan Dara

Uhh...tak kena langsung tajuk dengan cerita sebenarnya. Saya pun tak pasti sama ada patut atau tidak saya menceritakan kisah dia di sini. Takpelah...supaya kita boleh amek teladan dan sempadan dan boleh digunapakai untuk menasihat sesiapa sahaja. Oh..apa yang aku karutkan ini..

Saya juga amatlah berharap dia tidak membaca post ini. Gulp!

Sabtu lepas sepatutnya saya pegi kenduri kawen kawan lama tapi disebabkan saya ke Kelantan so tak dapat la pegi. Dengarnya gilang gemilang jugaklah kendurinya. Semoga mereka bahagia. Ya, kenapa saya italickan bahagia itu? Begini... macam suspen jek ek...


Kawan saya ni (Anis-bukan nama sebenar) sudah berkawan-berkasih dengan Bedul (juga bukan nama sebenar) sejak dari zaman belajar di universiti. Saya tidaklah rapat sangat dengan Anis, tapi kalau dah satu hostel, ada juga sekelas, kira kenal mengenal la juga. Tau la juga sedikit sebanyak kisah cinta mereka nih.

Dari kawan saya Clara (bukan nama sebenar) yang memang rapat dengan saya, slalu menceritakan betapa dia tidak setuju si Anis dengan Bedul ni bercinta. Bukan sebab jealous..ohh pleaseeee. Tapi sebab sikap si Bedul terhadap Anis yang amatlah................. biadap...yes, that's the word!

Biadap bagaimana? Hmm..sepanjang bercinta dah beberapa kali putus sebab Anis ni tak tahan kena marah, maki hamun oleh si Bedul. Dan lagi best, si Bedul ni pernah war-warkan pada duniakampus yang dia dan pelajar tercantik di kampus tengah mabuk asmara. Yikes!! Padahal pelajar tercantik itu kenal pun tidak dengan si Bedul nih. So perhubungan diorang ni on-off-on-off sehinggalah berkerja. Ohh, si Bedul ini juga sentiasa minta di'bela' oleh Anis. Makan pakainya semua dibeli Anis, bukan sendiri. Adake lelaki macam tu?

Dipendekkan cerita, setelah sekian lama berpisah, kami dapat tau diorang nak kawen? EHH??? Tiba-tiba jek? Untuk makluman, Anis ni biasa-biasa orangnya, agak berisi jugak. Dia pernah mengeluarkan kenyataan kepada si Clara;

"Diana (nama tipu jugak) yang gemuk pun boleh kawen, aku pun nak kawen jugak"

Ohh...adakah dia merasakan yang si Bedul ni adalah lelaki melayu terakhir yang akan menerima dia? Ohh...tapi harus ke memilih lelaki yang sebelum menjadi suami pun sudah tunjuk belang garangnya..apatah lagi setelah bergelar suami dengan segala tahta dan kuasa ditangannya?

Ya...kerana itulah saya dan Clara dan kawan-kawan lain mendoakan agar dia bahagia. Moga-moga diperlembutkan hati si Bedul dan menjadi suami penyayang. Aminn...

15 comments:

l i e y n said...

time kawan2 dah perangai macam tu ekk! it's a sign! bukan dia je lelaki yang ada dalam dunia ni!!!
tapi manusia boleh berubah...
semoga dia berbahagia hingga ke akhir hayat...amin

JaNnAh said...

yes achic.. kita doakan moga mereka bahagia hendaknye.. dan supaya si anis tidaklah terseksa..

mama HZ said...

siapakah itu anis n bedul?aku kenal kah?heh heh heh

MS said...

Ada beb lelaki yg macam tu, my pren pun terkena.
bagi saya lelaki macam ni amat payah nak berubah.

seandainya berubah alhamdulillah

takut tak berubah, sian kat kawan awak,akan makan hati berulam jantung hari-hari.

semoga rumahtangga kita semua bahagia dan d berkati

FAM said...

lieyn: itu la..moga2 berubahlah si bedul tu

achu: aminn

tun: diam2 kau!!

mama uzma said...

kesiannya si anis tuh...
tp knp still truskan jugak...
klu sayang..semua sanggup di telan...

semoga anis bahagia dan trus tabah harungi liku2 hidup...

FAM said...

mama adib: betul la pepatah melayu, cinta itu buta. membutakan mata dan hati. haishh... amin jugak kepada doamu itu

mama uzma: begitulah kehidupan

mama HZ said...

setelah ku pikir2,ku pikir2 akhirnye ku tau juge siapa gerangan manusia anis & bedul tuh..kwang3x

ANAKIRANA said...

bedul2...hehe..ada kaitan nama bedul ngn diriku dulu..tp watak bedul dlm cerita ni berlawanan ngn bedul aku dulu hahahaha..tp org kelate gak..


hmmmmmm....awal2 dah bg ptunjuk ...hmmmmm..no komen lah


psss..tiba2 aku rasa tu nama sebenar :P

FAM said...

tun: ko diam!! hahahaha

kirana: oh tidak2..nama dia sedap sket dr bedul tu. hahahaha

Ealyie said...

kita doakan yang terbaik utk mereka ber2.. amin..

Cutestamoi said...

Aku pun missed their wedding gak! Ampeh tol. Kalo tak, mau porak peranda si Bedul tu tengok aku (maklum la, die kan penah ngorat aku mase zaman matric dulu..walhal die dah couple ngan Anis time tu. Mmg dasar laki keberet!!) Anyway harap2 si Bedul tu berubah la. Kalo tak, sure si Anis tu mengadu kat si Clara lagi.. Si Clara siap mms kat aku gambar kawen derang. Alahai si Anis!!

FAM said...

erma: ye..clara pun mms kt aku. xkosa nyah tgk bedul tu.

ealyie: aminnn

Fateen SM said...

Hmm..just doakan kebahagiaannya serta dikurniakan ikatan yg dirahmati Allah.. sudah nyata mmg itu pilihan dia.. siapalah kita utk menidakkannya..

FAM said...

fateen: betul. kita ni sekadar blh bg nasihat je..tuan diri yg buat decision.