expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 4, 2009

Cerita Kelantan

Khamis lepas saya dan keluarga balik kampung-Kelantan. Kami sampai dalam pukul 2.30ptg. Tak sempat nak tengok arwah untuk kali terakhir. Lepas solat zohor diorang terus kebumikan. Memang niat nak tengok dan cium dlu tapi apakan daya, jalan pun boleh tahan jam, dengan lori balak silih berganti (maklum la...bukan highway. Skali jumpa lori balak, berekor kereta kat belakang tunggu que nak potong). Lagipun tak elok melambat-lambatkan kebumikan jenazah kan.

Papa saya redha. Tapi kami sempat jugak la tengok melalui panggilan 3G. Nasib baik ada jugak coverage kat Kuala Krai tu.


So sesampai je kami kt kampung, lepas salam sana salam sini, Dania mengadu lapar. Mana taknya, kami langsung tak berenti pit stop pun. Berbekalkan biskut je dalam keta. Kesian anak mommy nih. Diorang kat kampung pun hidangkanlah kami dengan nasi dan sup daging. Sedap sesangat rasanya..ke sebab dah lapar sangat?


Kami sempat attend dua malam tahlil berturut-turut. Siangnya kami habiskan masa di rumah mak sedara saya di KB. Tak dan langsung nak jengah bandar, lagipun bukan balik bercuti. Nanti apa pulak orang cakap ye dok?


Cuaca amat-amatlah panas. Kalau tengah hari tu boleh cecah 41 degree celcius. Haaa...dah macam kat Mekah nun. Tapi yang paling best makcik saya sempat masak laksa Kelantan untuk we all sebelum balik. Ohhh.....sedapnya!!!


You all makan laksa Kelantan? Ke tak kenal? Haa...macam ni rupanya. CY, gambar ni takde bawang segala. Cuma sayur je banyak..blh kan?



Ni la Laksa Kelantan. Kuah ikan, dengan segala ulam/sayur dan sambal. Sedap tau!!!


Haa...yang ni gambar laksa kt rumah. Mak saya tapau laksa, esoknya (Ahad) buat kuah di rumah. Oh ya..saya balik hari Sabtu petang, pukul 10pm baru sampai rumah. AF & AIM semua ntah ke mana.


Tapi sedih, Dania tak suka. Last-last saya kena goreng nasi khas untuk dia jek.

Itulah kisah cerita Kelantan saya.



Saya tak pegi ke MPH warehouse sale, tak dapat nak rembat Twilight Saga. Namum saya sempat ke Popular di Ampang Point dan beli New Moon serta kain di Euro Moda. Kaedahnya teman mama saya dan dengan saya skali membeli. Tak kuat langsung iman aku nih!!

6 comments:

JaNnAh said...

achic! laksa kelantan tu kuah die rencah hape eh?? putih jek kaler die.. x ingat la dah penah makan ke belom..

FAM said...

kuah dia guna isi ikan rebus, bwg, serai segala dengan santan. itu pasal putih.

mama uzma said...

penah makan...sedap...

mak mertua x jadi dulu org klate...
keh3...

MS said...

wah sodapnya, dah lama tak makan laksa hmm

FAM said...

mama uzma: blh pulak ada mak mentua xjd yek

mama adib: mmg sodap!!

ANAKIRANA said...

terliur la pulak tgk laksa mu!