expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 4, 2009

Easy Pitsy Avocado Juice


Ever since balik dari Bandung dulu, saya memang kemaruk dengan alpukat juice nih. Rasa sedap yang amat. So bila pegi Giant, saya akan beli 2 3 biji avocado ni untuk cuba buat. Haaa, bila dah excited sangat, bukan pikir nak cuba-cuba, terus redah jek. Mr Hubby cakap kena rebus. So saya pun rebus la, dengan kulit-kulit. Bila dah rebus, saya kupas dan blend. Tengok rupa fuhh! Kira jadi la nih. Skali rasa, pahit kelat! Jadi kami buat kesimpulan lepas ni kena kupas kulit dlu.


Percubaan kali kedua, sama jugak. Gelojoh, kupas semua 3 biji, rebus, blend. Tengok hasil, yes! Menjadi. Bila rasa, bluekkkk...pahit kelat jugak. Jenuh pulak pikir mana lagi salahnya. Saya cakap kt Mr Hubby, nanti try lagi. Kalau fail jugak, lepas ni minum kt kedai jek la. *sighh*


Percubaan ketiga, ayah saya masuk campur. Katanya avocado saya beli tu muda lagi. Belum masak. Kalau dah masak nanti isinya lembut, tak perlu blend. Saya ni kan anak dengar kata, saya ikut cakap ayah. Simpan dlu avocado tu. Lepas 4 hari saya tengok macam dah lembut. Betul bagai dikata, tak perlu rebus. Kupas kulit dan blend.


Walla!!! Kali ni betul-betul MENJADI!!! Ohh....tapi belum siap ya. Letak air gula melaka, ketulan ais dan avocado blend tadi. Ahhhaaaa!! Beginilah jadinya...







Avocado Juice buatan sendiri - sedappp taawww



Sapa-sapa nak cuba silakan. Sangat sedap I tell youuuuuuu!




p/s: kalau nak beli avocado tu, cuba beli di giant murah sket. kalau jusco berganda2 reganya *wink*

8 comments:

:: m.u.n.i.r.a :: said...

ohhh ku baru buat avacado juice semalam...mmg sodap!
mm nak lg sedap kan..tambah chocolate or milo n then susu (pekat or cair) nak kasik creamy sket..mmm mmg sedap yg amat!
ku pun gila avocado skang nih ;)

Queenin Murni said...

hmm.. bukan ada coklat sryup ke?? lagi yummmeeh!!

haish!! baby bandung ni klas ok? nak minum apokad juice jek.. heheheh!

MommyDania said...

munira: oh ye ke? hmm..kena try buat lg laa

QM: opps...no comment! hahahaaha

KV said...

tak pernah terai avacado!

ArELeEz said...

OOOOOOOOOOO........... cam besh jerk! heh3..

Nurhayati said...

masuk sket serbuk milo sket... nyum nyum nyum =)

l i e y n said...

hari tu masa balik kg, adik aku janji nak buat tapi sbb banyak sangat mende nak makan, terus terlupa
meleleh air liur aku tgk air apukat ko ni...

MommyDania said...

KV: cuba la kak..sedap!

areleez: mmg best

nurhayati: milo juga? ok..nt try

lieyn: ala..ko wat sendiri. senang jerk