Sejak dua menjak ni, memang hobi saya dan mak saya untuk breakfast di sebuah gerai di Wangsa Maju. Gerai orang Kelantan, makanya makanannya pun ala Kelantan lah. Ada nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk (memang la makan nasi dengan lauk kan?) dan ada juga nasi lemak untuk bukan penggemar nasi-nasi Kelantan.
Ohhh, ini bukan saya yang mengidam yek. Ini kerja mak saya. Boleh kata hari-hari nak ke gerai ni. Dia kut yang mengidam lebih. Hahahahahah!!
Gerai ni tepi jalan, sebelah 7 Eleven. Memang betul gerai la, dengan setakat meja plastik, kerusi plastik dan khemah kahwin. Tapi setakat ni dari segi kebersihan saya tengok ok. Lulus untuk gerai.
So pagi tadi saya dan mak saya ke gerai ni. Saya makan nasi kerabu dan dia makan nasi dagang. Memang sedap! Dekat-dekat nak abih makan tu, datang dua orang wanita ni, lingkungan 30an kut. Stylo la jugak gayanya, bawak beg berjenama mahal. Saya suka beg yang sorang tu bawak.
Lepas diorang ambil makanan, diorang pun melilau cari tempat nak duduk. Kebetulan meja sebelah saya dah selesai makan. So diorang pun datang tunggu meja sebelah saya tu untuk dikosongkan dan dibersihkan. Ada seorang mamat tu datang bersihkan, saya tengok ok je dia bersihkan meja tu. Tapi sorang minah tu macam tak puas hati. Disuruhnya mamat tu bersihkan lagi. Mamat tu pun ikut je la kan, customer is always right. No?
Tapi lepas mamat tu bersihkan lagi, minah ni tak puas hati. Dia ambik tisu kotak kt meja saya, abih semua kerusi meja dia lap. Lepas tu membebel-bebel kt kawan dia,
"Ish...diorang ni berniaga pun, cuci la semua nih." Tangan masih sibuk lap sana sini.
"Ya laa, consider la people coming to eat here" Jawab kawan dia.
Nak tergelak saya dengar perbualan diorang nih. By this time, saya dah selesai bayar, ready to go. Dari jauh saya toleh nak tengok diorang, dah duduk dan tengah makan. Alahai...kalau rasa geli, toksah la makan kt tempat camtu, kan? Pegi la hotel ke, restoran ke. Some people...
9 comments:
hmm.. mcm tau aja gerai ni. exactly tepi 7e wangsa melawati kan? ada pokok kelapa? kalu betul la gerai yg sama..setiap pg ahad has b/fast situ. wajib!! sedap...
hahahaha.. itu ler namenye ngades-ngades!!! ntah nye.. gi le makan tempat lain..
err.. has, kat mana tu..? nak gak merasa nasi dagang! haha.. :)
habaq no, mommy dania, cheq nak gi carik! :)
kalau nak lap bagai sume, harus la ada extra service charge.. kekeke.. nasib dia tak suh kipas kasik sejuk macam aircond!
honey: yezza! seberang jln ada nasi lemak ayam grg kmpg pulak
achu: itu le pasal
zu: kt wangsa melawati, belok kiri sebelum traffic light terus. cmno aku nk explain nih
CY: kipas pun xde CY...gerai la katakan...
kalau nak complain, cakap kat dia tak yah gi ah.. senang cite.. tak menyusahkan orang, tak menyusahkan diri sendiri
geli tp masih pergi utk mkn. Tah pape.
hihi...macam tau je tempat tuh..
kat umah iena tuh ye kak...
kat situ mmg sedap..skali cuba nak lagi..
x sangka lak akak mkn sampai ke situ..hihi...
ek eleh, setengah hotel restoren tu bukannya bersih sangat....tak caya cuba pegi tengok dapur
Post a Comment