Alhamdulillah, setakat hari ini perjalanan pregancy saya berjalan lancar. Takde morning sickness yang kronik. Cuma saya akan lembik bila petang menjelang. Itu kira evening sickness tak? Agak-agak sampai rumah 630pm tu saya kena baring kat sofa. Borak-borak dengan Dania aje la..Kalau dia ajak main memang mak tak larat. Nasib baik dia faham, "Mommy sakit pinggang ke? Mommy penat? Adik baby cry nanti kan?" Tu laa antara komen dia kalau saya dah terbaring di sofa.
Mengidam pun tidaklah yang pelik-pelik. Paling pelik pun saya mintak Gucci dari Mr Hubby. Hohohohohoho...teruskan mengidam katanya. *uwek*
Saya sangka pregnancy kedua ni orang sekeliling tak heran sangat. Rupanya layanan tetap sama. Apa saya nak, diorang akan cuba buat. Baru-baru ni saya teringin nak sira labu, nahh.. Mama saya buat. Balik ke Muar weekend lepas, saya nak asam pedas. Zaazz, MIL saya siapkan. Petang siap buat pengat pisang dengan sagu & jagung. Sangat haven!
Tapi sekarang saya paling tak boleh terima ayam KFC. Maap le KFC, mak memang kenot go dengan bau ayam ko tu. Ada satu hari tu, saya bawak Dania masuk KFC. Baru bukak pintu saya rasa dah pening. Terus keluar, start kereta pegi McD aje. Bukan setakat KFC, ayam goreng tepung Kentucky tu pun saya tak boleh terima. Ada satu Ahad baru ni, Mr Hubby telah dengan sangat rajin pi siapkan lunch. Dia goreng laa ayam dengan tepung Kentucky tu. Ohhh... sangat tak boleh terima. Last-last saya goreng telur dadar aje, lagi selera.
P/s: Baru-baru ni ada seorang kawan blog saya tu tepek gambar dessert maha sedap kat blog dia. Memang Delicious la. Ya Ampun!!! Sampai la ni saya duk mengidamteringin. Kira-kira terembes la ayaq liuq saya nih kan. Tu baru tengok gambar. Kalau tengok depan mata, camne la kaedahnya. Memang tau kawan saya tu. Harus saya cari weekend ini pula. Hari-hari kerja ni tak sempat la pulak kan... Kut ada yang nak ajak tu, saya on je! Ngeeeeeeeee
3 comments:
aku, pregnant ke tak ke mmg tak lalu dah nak makan ayam KFC!!!
mengidam ko klassss!!
mcm kwn aku..time peknen leh dia wat ngidam civic...last2 gi angkat jugak la..hehehhe
lieyn: iye ke? bakpo?
kirana: lg kelassss! agaknya aku kena tukar sket kut ngidam aku tu. hehehehe
Post a Comment