expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 16, 2009

Resepi Spaghetti Meatball

Ok, ni versi instant ye. So segala-gala mesti fast and furious. ;)

Bahan-bahan

Spaghetti
Tomato puree (dalam tin)
Cili sos
Fresh milk
Cendawan (apa-apa jenis pun boleh)
Carrot
Brocolli
Minced meat
Frozen meatball
Bawang putih (hiris or blend)
Bawang merah (hiris or blend)
Black pepper
Mozarella cheese (optional)
Garam


Cara-cara

Rebus spaghetti. Letak minyak sket supaya spaghetti tak melekat.

Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan meatball dulu.

Panaskan minyak dalam kuali lain pulak. Tumis bawang. Masukkan mince meat. Dah masak, masukkan carrot, brocolli dan cendawan. Semua dah masak, masukkan tomato puree, sos cili, fresh milk dan black pepper. Masukkan spaghetti. Kacau or gaul. Ohh....garam jangan lupa ya. Sebelum tutup api, masukkan meatball goreng tadi. Kacau. Sos cili dan black pepper tu bergantung kepada tahap kepedasan la. Untuk kids jangan letak banyak. Sedia untuk dihidang.

* Kalau terlebih kuah or macam cair, boleh masukkan telur 1 atau 2 biji untuk pekatkan dan juga kurangkan rasa masam.

Nak lagi sedap, taburkan mozarella cheese dan panaskan sekejap dalam microwave. Walla!!

Senangkan? Happy cooking & bon appetite!!

3 comments:

mama uzma said...

tq2...!!
dah copy dah...
leh la cuba nanti...hihi..

l i e y n said...

gambar mana?

FAM said...

lieyn: sila ke entry bwh2 yek! hehehe