expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 25, 2009

Bubur Biji Nangka untuk JUA

Jua, ni ikut petua awak juga. Campak² aje gerenti sedap!

Bahan²

Tepung beras pulut
Santan
Air
Gula
Gula melaka
Daun pandan
Secubit garam

Cara²

Bancuh tepung beras pulut dengan air sampai jadi dough. Kalau nak bagi warna-warni, boleh letak pewarna. Kalau ikut mama saya, biar plain, ibarat suci dalam debu katanya. Cubit kecik² dan bentukkan jadi bulat. Potong gula melaka kecik² macam cube. Masukkan gula melaka cube tadi ke dalam bulat² tepung beras pulut tu, as a filling. Rebuskan hingga terapung dan angkat.

Dalam periuk lain, panaskan santan di atas api kecil, masukkan gula, secubit garam dan daun pandan tadi. Kena sentiasa kacau hingga sedikit mendidih. Masukkan bebola tepung beras yang sudah direbus tadi. Masak hingga betul² mendidih. Angkat dan sedia dimakan sewaktu berbuka.

Jua, buat tau! Dah buat tepek cakap SEDAP jugak! ngeeeeeeeeeee


3 comments:

jua said...

thx babe
i nak buat esok. yeay!!!

jua said...

cop! santan fresh lagi sedap dr santan kotak kan?

MommyDania said...

Jua: of cos! tp kalau xde santan kotak or serbuk can do.