expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 27, 2009

Walau selepas 5 hari

Hari pertama puasa saya takde suara, masa tu lah ramai client calling². Mungkin sambil nak citer hal kerja sambil nak beramas mesra mengucap selamat berpuasa. Saya gigihkan juga menjawab panggilan diorang nih..nama pun client kan, kena jaga hati dan account diorang.

Ketiadaan suara saya berlanjutan selama 3 hari. Nak menjerit² panggil Dania untuk mandi pun seksa. Budak itu? Lagi seronok la kaedahnya sebab mommy takde suara maka dia boleh bersenang lenang. Dah kena heret baru nak masuk ke bilik mandi.

Hari ke 4 suara dah kembali tapi tetaplah macam ella. Sexy youuu! Dah ada suara ni gigih jugalah saya call client² yang belum diucap selamat berpuasa. Makan pun semakin selera sebab tekak dah nak baik. Ohhh...tapi tetap perit lagi walau dah berkurang seksanya la..

Dan semalam, since parents saya ada jemputan berbuka yang tidak menjemput saya juga maka saya mengada² tak nak masak. Setakat nak makan berdua bertiga macam tak berbaloi nak masak beriya². Dengan lentok manja tapi terkawal (kena kawal ye, masih dalam puasa) saya ajak Mr Hubby berbuka di luar saja.

Akhirnya, lepas berbuka di rumah dengan kurma & teh panas, kami bergegas solat dan menuju ke luar. Dah naik kereta tak tahu pulak nak makan apa. Adoiiii!!! Last² settle down with Nando's at Ampang Point saje.

Akibat dari minum ice lemon tea yang bottomless itu, saya kembali batuk² hari ini. Padan muka saya sendiri...


4 comments:

KV said...

hehe..tp yg penting syok makan kt luar sekali sekala.

Zuhaini said...

la.. batuk pulak! siannya.. tapi betul la.. part berbuka luar tu yg best tu! ;)

honeylanz said...

setuju! part bukak pose kt luar mmg besh. ni tgh tunggu peluang. next monday ke..i wish ;)

batuk2 mmg x leh minum ice dear!

Queenin Murni said...

haip! tak baik tau beramas mesra.. hahahahhaha! :P