expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 4, 2009

Baru saya tahu...

Baru saya tahu betapa saya amat dependant pada Mr Hubby. Dari hari Selasa sampai Khamis Mr Hubby tidak berbuka di rumah. Beliau ada jemputan berbuka dengan supplier, bank etc yang keji tak jemput spouse. Kalau dah berbuka di luar maknanya lambatlah dia balik. Biasanya dalam 9pm-930pm.

Apa maksudnya saya dependant pada dia? Hmm...biasanya kalau balik dari ofis, selepas mandi, solat asar saya terus ke dapur. Kelentang kelentung untuk berbuka. Dania akan diuruskan oleh Mr Hubby (mandi/pakai baju/melayan main etc). Tapi tiga hari ni saya kena buat semua. Mama offer nak tolong tapi tak sampai hati pulak nak suruh nenek dia uruskan cucu. Jadi dia masak, saya uruskan Dania dan tolong di dapur pulak. Lepas berbuka sambung uruskan Dania, biasanya lepas makan sure dia poo².

Ohh...penat okeh! Rasa tulang² saya ni krek krok krek bila baring. By the time Mr Hubby balik semua dah setel, sama² layan Dania main aje la sebelum dia tido. Itu pun dalam 1030pm.

Abang....dah² le berbuka kat luar. I need you at home...


4 comments:

ANAKIRANA said...

tunggu kuar lagik satu...rasa cabaran nya hehehhe

masa ni cuba pikir org yg suami outsation ebrbulan2...huhuh
ngn ibu tunggal lagik..huhu

mommylyssa said...

betul tuu... kekadang tuu kalau hubby takde... nak mandi pun kena express jer...

noniey said...

aku pun sama.. memang tak leh lah nak buat sorang2.. kalau dia takde, rasa takleh nak buat langsung.. jadi tak reti.. sume mende rasa tak terurus.. tapi kalau dia, bila kita takde, ok je dia uruskan semua sekali..

Anonymous said...

if dkt nk berbuka pose then ery poo². tu paling menguji kesabaran!!!