expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 14, 2009

Its all about true love

Lari sket dari cerita² raya.

Cerita ni saya kutipdengar dari suami makcik saya. Eh, kira pakcik saya la kan? Diorang datang dari Kelate, berbuka dan tidur di rumah saya. Jadinya malam tadi ramai jugaklah tetamu saya semalam.

Makcik dan pakcik saya datang ke KL untuk cari rumah di Seremban. Rumah itu untuk ayah pakcik saya yang baru lepas kahwin lagi. Haa...jangan tak tahu, dah 70+ pun kahwin lagi. Dari situlah saya dan sepupu lain mengorek kisah kahwin tu. It begins a long long time ago......

Masa zaman Jepun dulu, ayah pakcik saya dah kahwin dengan makcik A. Baru je kahwin, dalam seminggu lebih kurang, mulalah perang. Waktu perang tu, makcik A di bawa lari untuk keselamatan. Bila ayah pakcik saya cari lepas tu, tak jumpa. Merata dia cari, makan tahun jugalah. Akhirnya dapat khabar sudah meninggal. So ayah pakcik saya kahwin dengan makcik B.

Dengan makcik B dapatlah seorang anak. Lama juga diorang kahwin, mungkin dalam 10tahun, makcik B meninggal. Dan ayah pakcik saya kahwin lagi, dengan makcik C, mak kepada pakcik saya tu. Kira yang ni paling lama. Just few years back, mak pakcik saya tu meninggal juga. Ye la..dah tua kan..ayah pakcik saya tu pun dah 70+, dah mula sakit².

Masa kenduri kahwin saudara di Seremban, terjadilah kisah sedih. Makcik A muncul dalam keadaan berkerusi roda. Sebenarnya dia tidak meninggal pun. Dan yang lagi sedih, status dia masih isteri ayah pakcik saya sebab tidak ada hitam putih mengatakan sudah cerai atau apa². Jadinya selama ni dia hidup bersendiri. Mujur juga dia amek anak angkat 2 orang. Ayah pakcik saya rasa terkilan dan mohon untuk kembali bersama.

Mula² makcik A refuse, katanya tak mahu menyusahkan sesiapa, tambah² keadaan pun dah uzur. Tapi ayah pakcik saya insist, demi nak tebus balik masa lampau tu. So, sekarang diorang dah bersama kembali.

Sepatah ayat ayah pakcik saya tu, "Tolong belikan ayah rumah, ayah nak jaga makcik A sendiri"

Gigihkan ayah pakcik saya? Dah tua² sakit begitu masih nak menjaga orang. Nasib baik ada anak angkat makcik A diajak tinggal sama, tengok²kan diorang.

Ohh....semalam ramai yang bergenang air mata dengar cerita pakcik saya. Its all about true love!


9 comments:

Umi Nawfal said...

terharu.. kalau dah jodoh..

KV said...

pjg sungguh jodoh dorang kan? Alhamdulillah.

MommyDania said...

Achu: i cerita xsedih sgt. smlm dgr, fuhhhh! menusuk.

KV: betul la kak..mmg jodoh tu kuat kan.

mama uzma said...

sedihnya cerita ni..
besar sunnguh kuasa allah..
dah bertahun2 bertemu balik...

honeylanz said...

mmg true love! sedih lak rs..

MommyDania said...

Iena; itulah..Dia yg merancang segalanya kan..

Has: sedih kan? agak2 buat cerekarama sure tangkap lelehnye

mama hannah said...

Uish,memang lak kuat jodoh diorang...Alhamdulillah

Queenin Murni said...

wo.. tgklah org dolu2.. 20-30thn tak dgr khabar pon masih setia..

kesiannyer kat makcik a, kesorangan sampai tua.. :(

l i e y n said...

sedihnya cerita tu fatin.....
that's what we call true love!!!