expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 4, 2009

Menu berbuka orang mengidam

Semalam. Menu idaman;

1. Pari asam pedas kuah pekat² dengan bendi --> marveles sangat!! (tak malu puji lauk sendiri)

Lauk tambahan;

2. Bayam + carrot goreng
3. Daging goreng kicap dengan bawang sama byk dengan daging
4. Telur dadar untuk si anak dara

Ada kisah disebalik pembikinan pari asam pedas tu. Semalam balik dari ofis saya singgah Jusco untuk beli bahan² nak buat asam pedas tu. Dah ambil pari, daun kesum, bunga kantan dan lain² barang dan bayar dan balik. Sampai rumah, uruskan Dania, mandi dan solat dan turun ke dapur nak mulakan tugas.

Skali papa saya ambil bunga kantan tu ketuk kepala saya.

"Apa ni pa?"

"Ni beli buat apa? Tengok ni papa dah ambik kat luar, lagi banyak, lagi segar!"

Laaaa....rupa² kat luar rumah ada pokok bunga kantan yang amat besar sekali. Saya yang tak tahu rupanya. Adoiii....rugi². Dah le mahal...sekuntum tu rm1.80.

Kesimpulannya; lain kali sila melawat sekeliling rumah dan perhati apa yang ada. *sighhhh*


5 comments:

Anonymous said...

hehhee..rajin nye org mengidam ni masak!! sampai 4 lauk gitu ;)

Saudah Salleh said...

memang mahal kan bunga kantan? kat sini sekuntum cinonet tu seringgit satu.

petang ni turn saya lak masak asam pedas ayam ngan bendi

mama uzma said...

hahahaa...
tergelak besar iena baca...
nia ada x time akak kena ketuk
tuh...??

kak..
iena leh bayangkan mcm mana
papatok ketuk kepala akak ngan
bunga kantan tuh..hahaha...
ishh jahatnya iena...

FAM said...

Has: yg sy godek asam pedas je. lain2 mama terchenta yg buat

Saudah: kan? cinonet tu pun mahal.

Iena: hep!! dania xde tgk katun. kalau ada mau dia ikut nak ketuk skali. bkn leh caya bdk tu

JaNnAh said...

see? u're still papa's little girl.. :)

"silalah melawat keliling rumah.."hehehe..