expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 18, 2009

Puasa Tahun Ini

Scheduled entry.

Puasa tahun ini, Alhamdulillah, setakat entry ini ditulis, saya berjaya puasa penuh. Dan harap²nya puasa ini diterima Allah. Tahun ini juga kami sekeluarga lebih berjimat dalam juadah berbuka. Kira berbuka ala kadar saje. Yang grand pun dek kerana masak sendiri dan bukan dari param. Kami jarang ke param, kalau pegi juga, alamatnya banyaklah yang membazir sebab mata bila lapar amatlah dusta! *wink*

Tapi puasa tahun ini, saya kurang terawih. Lepas je solat Isya' dah berselimut atas katil. Penat betul rasa badan. Mungkin kerana jejak je ke rumah, bermulalah aktiviti menyiapkan berbuka dan menguruskan Dania (tapi selalunya Mr Hubby yang uruskan). Ntah apa yang penatnya. Mana² malam yang gagah, berjayalah saya terawih. If not, ke la la land ajelah!



Harapannya puasa tahun depan lebih baiklah hendaknya. Amin.


Yang berada di Muar,

3 comments:

Nurhayati said...

betul2.. tahun ni pun kurang solat tarawikh.. dan puasa pun tak penuh, tinggal 5 hari hihi..

~ Ibu ZAAZ ~ said...

moga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. aminn

noniey said...

tahun ni terawih alhamdulillah ok lah jugak.. tapinya last2 tu bila gugur, terus lah tak leh terawih kan.. cumanya mana2 yang bleh tu, alhamdulillah lah aku buat.. bangun malam memang hampeh.. tahun ni langsung tak bangun malam.. tahun lepas tip top.. teruk betul perangai..