expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

October 9, 2009

Bila dia berbaju melayu bukan di hari raya

Julung² kali la semalam, Mr Hubby beriya² minta saya iron baju melayu raya dia. Mula tu saya ingat dia main². Sebabnya, biasanya hari Jumaat adalah hari berpakaian casual ke pejabat; collar t-shirt and jeans = tak perlu iron. Dan dia TIDAK PERNAH pakai baju melayu hari Jumaat barakah ni! Menurut dia, hari kerja pakai baju kerja.

Tapi semalam sungguh² dia suruh saya iron baju melayu tu. Siap buat statement, "butang baju melayu aku mana pahhh"

Ewahhh!! Apa kes ni nak berbaju melayu pulak nih! Tapi saya ni kan isteri mithali, disuruh iron, saya iron ajelah. Dalam hati geram jugak sebab dia tak nak bagitau! Pagi ni dah siap², complete ok! Butang baju melayu bling², sampin, songkok....aishhhhh, tak puas hati nih tapi diam aje dulu. Konon² buat tak heran.







Dah nak pegi keje tadi, dia cakap, "Abang ada jamuan raya la..CEO cakap semua kena pakai baju raya, nak photoshoot bagai. Relax ok!" Phewwwhhhhh! Lega... tapi masih tunjuk muka maintain. Hehehehehe...


3 comments:

Ealyie said...

ekekekeke.. takot rupenya ko cik tipah oi??

Kalo aku pun WAJIBUL sangsi.. muhahahaha..;)

FAM said...

Ely: kena jaga beb!! hahahahah

Anonymous said...

kih kih kih
kalau dah cakap' butang baju melayu aku mana Pah...'
wajib sangsi tu...