expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

October 9, 2009

Hasil Nasi Bukhari

Phewhhh....hari ni baru dapat bernafas lega sket. Seminggu ni memang busy. Makan pun ala² janji kenyang aje, tak menikmati langsung. Speaking of makan, ni baru berkesempatan nak cerita hasil cubaan Mr Hubby masak nasi bukhari. Haa...don't be surprise! Kalau datang rajin dia, memang vadevas menunya.

Hari Ahad lepas selepas balik dari kenduri, dah melepak² di rumah tiba² dia cakap nak try buat nasi bukhari. Hmm...bila tanya tahu ke resepinya? Jawab dia? "Ala...campak², letak ayam jadilah kut!"

Suka hatilah...janji saya tak perlu masak. *wink*

Ok...cerita saja takde gambar tak guna juga kan? Sila tatap...



Well, rupanya tidaklah menarik tertarik tetapi rasanya....fuhhhh! Sehingga menjilat jari. Ohh... kenapa ada tikar tu? Kami decide nak makan secara berjemaah sambil bersila. Ala pak arab daa! Tapi memandangkan takde pinggan dulang cukup besar, so kami guna 2 pinggan yang besar juga; 1 pinggan for my parents, 1 pinggan untuk kami 3 beranak.



Ni anak dara saya yang tak sabar² nak makan hasil masakan abah dia. Dania cakap, "Abah masak lagi sedap. Mommy masak biasa aje" Terpanah mak dengar ok! Ok la...lepas ni suruh je abah masak nak oiiii!

Oh...perhatikan gelas plastik IKEA tu. Ha...kena ikut warna masing² ok!


3 comments:

kaezrin said...

maukah perasaan letakkan resipi nyer..akak suke nasi bukhri...plisss

MommyDania said...

Kaezrin: i'll check with the chef kay!

linahilmin said...

sgt suka pic dania yg nih!!!
comel gilerrrrr!
ur hubby cook all that???! wow, impressive! asben saya tau grg telur jek! :(