expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

October 2, 2009

Dah namanya perempuan

Tengah hari Jumaat saya dihabiskan cuma ke Jusco AU2. Ni kes ikut officemates yang mahu ke sana. Ntah apa bestnya saya pun tak tahu. Takpelah...lagi bagus. Tempat tak best maka duitku selamat. Hahahahahaha

Mujur juga ke sana dapat makan Subway's Italian BMT parmeson cheese 6" sandwich. Yummehhh!

Lepas makan, jalan² cuci mata. Officemates lain dah ke mana² soping. Sudahnya saya cuma duduk di bangku sambil tengok orang membeli belah. Woowww! Memang dasar orang perempuan. Asal ada sale, berduyun la datang. Membeli seperti esok tiada. Padahal baru lepas raya. Hebatkan? Sepatah kata kawan saya tadi,








"Ko tengok, kalau pompuan, soping tetap soping. Kaki dah tempang bersimen pakai clutch pun nak soping jugak!"

Ya ampunnnnnnnnnnnn...


2 comments:

c a b b i e n a said...

:) biasalaaaa tu...
kalu bole nak suh je buat sale tu tetiap hari...
salam syawal...

MommyDania said...

Cabbiena: hye! salam syawal & welcome :)