expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

October 2, 2009

Cameron Highland

Masa journey dari Kelantan ke KL, saya dah pasang niat nak ajak Mr Hubby, papa dan mama saya ke Cameron Highland. Opps...bukan dari Kelantan lagi, dari KL dah pasang niat awal². Ngeeeee...

Agak² dah dekat nak sampai Gua Musang, saya pun bagilah hint² Cameron Highland tu. Wahhh! Nampaknya semua setuju. Rasanya sebab Kelantan panas sangat kut, so semua nak lari pi tempat sejuk. Maka de tour lah kami ke Cameron Highlands.

Cari punya cari, dapatlah 2 bilik attach di Country's Lodge. Best sangat sebab dekat aje dengan Pasar Malam Brinchang tu. So lepas check in, terus lepak² dan bersiap untuk ke pasar malam. Aktiviti malam hanyalah makan dan lepak tengok tv. Ohh...aktiviti Dania adalah melaram dengan payung stoberi dia. Nasib murah jek! *wink*


Baru balik dari pasar malam Brinchang. Sangat gumbira dengan payung stoberi dia. Sengih tak hengat!


Besok paginya, check out at 10am, singgah di pasar jualan sayur sebelah Equatorial (mak lupa dah namanya). Beli sayur² dan strawberi dan pessimon. Tak boleh beli banyak sebab bonet kereta dah sendat sangat. Then singgah minum teh di Bharat's tea plantation. View adalah tidak sehebat Boh's tea plantation but okay laaa.....

Ohh...Mr Hubby dengan murah hati nak belanja saya a bouquet of flowers. Suruh saya pilih aje! *smile* Saya survey, 15 batang bunga (apa² jenis) adalah rm70!!! Huhhh...baik beli kasut ek? Last² buat pengubat, beli 1 ikat aje. 7 batang rm10. Nanti tak bawak balik bunga langsung tak best pulak ye dok??

Ini bunga faveret saya. Lily and apa ntah. Unique flowers. Roses dah boring!

Sekian cerita Cameron Highland saya. Ngeeeeeeeeee

4 comments:

mama uzma said...

nia mmg peminat payung...
masa dtg umah nia kecik2 pun main payung gak..

comey sungguh la wat muka gitu..

Cutestamoi said...

Ish.. macam dah budak besar dah nia nie.. baru nak 3 tahun.. huu cepatnye mase terbang!

miss cloudy said...

salam singgah.... suka lah blog nih

Anonymous said...

wangi kan bunga lily...
my fevret jugak..