expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

October 14, 2009

Resepi Nasi Bukhari...

...Versi Mr Hubby. Nantikan ada chef² tegar cakap saya tepek resepi salah, niaya aje! Ohh Sis Elin, very sorry ye lambat post resepi. ngeeeeeeee

Anyway, ni antara bahan² yang diperlukan

Ayam, daging lembu or kambing
Carrot, terung, tomato
Beras basmathi (we all suka brand faiza)

Yang penting mesti ada ini....






Yess!!! Rempah ratus Faiza . Haa...inilah rahsianya. cewaahh! Boleh guna either rempah bukhari atau rempah beriani. Rempah bukhari tu lebih simple tapi Mr Hubby suka guna rempah beriani tu sebab lebih rasa katanya. Then ikut aje arahan di belakang paket rempah tu. Ada list bahan² rempah lain yang dia bagi.

Ha...dah ready semua rempah tu, blendkan atau tumbukkan sampai hancur. Mr Hubby ni tradisional sikit so dia tumbuk. Tak caya?? I tunjuk bukti kat you all ehh...



Tengok! Tengok! Hahaha...Very traditional kan? Haa..lepas dah tunbuk ni, sila tumiskan dengan minyak sapi. Dah agak² naik bau, ambil sikit untuk direbus dengan daging, sikit untuk di chefelkan dengan ayam. Dah ready daging dan ayam, masuk semua dalam periuk nasi. Masukkan juga carrot. Terung dan tomato masuk bila nasi dah half cook, kalau tidak nanti jadi lembik sangat. Ohhh...air ikut sukatan macam biasa ye. Jangan lebihkan takut nasi lembik. For garnishing, bolehlah letak kismis dan kacang gajus goreng dan kacau² nasi sebelum di hidang!

Haa....since nasi bukhari ni kira takde side dishes lain unlike nasi beriani, maka saya pun buat salad ala arab nih! Sangat mudah ye puan² dan tuan². Cuma guna timun, tomato, daun salad (semuanya potong kecil²), olive oil, perahan limau nipis atau lemon dan sour cream or cream cheese. Walllaaaa!!


Nak lagi kick, sila godek apa² jenis sambal yang bersesuaian atau acar buah. Confirm makan bertambah!

Ohh...Finish product yang cun sikit saya lupa nak snap. Maklum le, masak untuk orang nih sudahnya kelam kabut sebab tetamu dah sampai tapi meja duk kosong lagi. So...ini adalah gambar yang dulu.


So...renung-renungkan dan selamat beramal memasak dan Bon Appetite ;)

7 comments:

kaezrin said...

akak suka laa...harus nnt buat nih wiken2 nih ker..ahaks..

kaezrin said...

chop yg ayam and daging tuh awak masuk ngan nasi ker awak perap and chefelkan???

MommyDania said...

Elin: daging tu rebus dlu bg lembut. ayam tu chefelkan dulu bg masak sket. then masa nk tanak nasi tu, masukkan semua daging, ayam, carrot. half way cook, kacau2 then masuk terung and tomato. dh siap masuk gujus & kismis. siap!

mama uzma said...

huhu
mmg rajin sungguh...
sungguh kagum la ngan abah nia..



kak
leh msg iena no baru,iena msg
no biasa msg x sampai,
susah nak jumpa kat taska..
ada hal skit..hihi...

linahilmin said...

wah, resepi rahsia dah kluar..
nanti leh try nih!

honeylanz said...

sesuai wat menu rmh terbuka nih ;)
fatin, mintak email. nk email resume. tq

MommyDania said...

Iena: roger

Lina: dah try bg verdict k! ;)

Has: uishh...idak la smpi cmtu.