expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

November 10, 2009

My Top 5 Treat List

Diberi 10 pun belum tentu ada kesudahan. Saya memang berura² (macam bunyi kura²) mahu menyenaraikan treat list kepada Mr Hubby sempena anniversary tak lama lagi. Dan oh oh.. sempena pregnant. Teehehee...

Perempuankan...sket² nak treat, nak hadiah. Tapi since Nuffnang dan Dell seperti ingin menghadiahkan satu treat kepada saya, baik saya senaraikan saja untuk diorang tengok kan? Mana tau..dapat menambat hati, dapatlah saya treat itu. Weeeeeeeee

1. Nampak gaya lepas bersalin nanti, saya bakal menempuh tempoh berpantang sorang². Tsk..tsk.. Iya, orang lain ada mak, mak mertua, adik beradik tolong jaga. Saya kena menjaga diri sendiri sebab mak mertua jauh, mak sendiri pula bekerja. Paling tidak pun Dania yang comel la kena jaga saya. Jadinya, amatlah best kalau saya dapat treat penjagaan pantang 44 hari oleh care lady demi menjaga saya dalam berpantang. Dan menguruskan segala isu berkaitan saya, pengembalian bentuk badan saya dan baby adik. Saya cuma perlu baring dan beri nenen saje. Haven!

2. Ohh...lepas abis pantang, haruslah ada treat meraikannya kan? Kaedahnya sopinglahhh! Maklumlah...bulan 3 kan mega sale. Ehh...iya ke? Ahh...pedulik! Dah nama nak meraikan, lagipun (dengan harapan tinggi menggunung) badan sudah kembali asalkan? Haruslah saya soping bagai dunia ini aku yang punya!

3. Eh eh...walaupun ini takde kaitan dengan bersalin atau pantang, tapi kalau dapat Dell Inspiron 13 Laptop pun harus suka sukey suki!! Tapi tetaplah ada kaitan, (eh..saya perempuan mesti pandai beri alasan) siapa lagi nak jadi teman saya dikala berpantang kalau tidak kamu wahai Dell Inspiron 13 Laptop. Macam² boleh saya janakuasakan dengan kamu wahai Dell Inspiron 13 bewarna hitam. Hitam itu menawan tau. Semestinya saya bahagia ;)

4. Cuti² bersama suami terchenta masih belum terlaksana. Andai dapat walau 2 hari 1 malam pun sudah cukup. Ke mana? Hmm....pantai² mak tak suka, sejuk² boleh ramas²dakap² kan? Genting ke Cameron ke pun best! Mama....tolong jaga Dania yek!

5. Ohh...saya mahu gadgets yang canggih manggih! Garmin, NikonD90, NokiaN97! Lepas tu handbags yang cun melecun bila mana saya berjalan semua awek akan pandang and say wow! Hahahaahahaha


Setakat ini...itu ajelah My Top 5 Treat List. Kalau you all....camne??? ;)



1 comment:

Queenin Murni said...

haa.. no 1 tu cam familiar jek statement.. :P
heheheh!

semoga ur list semua tercapai.. :)