expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

January 5, 2010

Tentang Dia

Sudah lama juga saya tidak story mory pasal baby kakak yang seorang nih. Sapa lagi kalau bukan Dania. Iya, gelaran baby kakak masih jitu dan kekal. Tidak kakak Nia atau Kak Nia, jauh sekali Kak Long ke Along ke. Berpegang teguh dengan baby kakak.

Pada mulanya saya agak sceptical tentang kanak² yang bakal dapat adik akan mengalami tantrum dan peel sebagai menunjukkan kepada umum (parents especially) bahawa walaupun dapat adik, saya masih mahu perhatian. Saya anggap itu adalah stage dalam tumbesaran seorang kanak² berusia tiga tahun.

Tapi makin lama dan makin dekat EDD, saya menerima hakikat bahawa sememangnya secara semulajadi kanak² akan berubah sikap secara separuh sedar (subconciously). Dania pun begitu. Tantrumnya memang menguji kesabaran saya dan Mr Hubby, malah papatuk dan nendanya juga. Pantang salah sikit, mula menangis sebak macam kena tinggal. Kalau tidak, dia akan menjerit² marah sehingga membuat saya juga marah menjerit² mcm hantu.

Sebagai contoh semalam, biasanya sebelum tido saya akan tepuk² bantal supaya gebu. Dan saya terlupa untuk menepuk bantal Dania. Saya mula melabuhkan kepala (apahal ayat ala novel nih?) ke bantal saya dan mahu mula tido tapi tersentak sebab si baby kakak menangis sebak mengalir² air mata. Ditanya kenapa, rupanya dia sedih sebab saya tidak tepuk bantal dia. Boleh? Kan kalau cakap je lagi senang? No?

On the other hand, saya nampak dia sayang akan baby adik dia. To the extend, kalau parents saya letak tangan di perut untuk rasa tendangan, Dania akan melenting. Baby adik hanya kepunyaan dia seorang. Oh...takut pulak saya bila baby adik keluar nanti. Kalau orang lain pegang, haruskah melenting bagai? Ada mommys yang ada tips untuk atasi ini?

Selainnya, she is still the red rose in the garden. Despite her current tantrums and mood swings, Dania tetap penghibur rumah. Dengan gayanya, dengan ceritanya, dengan lagunya. Ohh... hobi sekarang ialah menari. Maklumlah, baru habis musim sehati berdansa. Sikit² berdansa. Habis gaya gelek, lompat, rapping semua dia buat.

Oklah...saya hidangkan pose terkini si anak dara bersama baju favorite untuk musim ini. Lepas ni tak tahu apa fesyen pulak dia suka. *smileeeeeeeeeeeeee*



Saya tak bawak handbag, saya bawak bekal je. *wink*

3 comments:

m-i-o said...

oh baby kakak, perutmu sangat gebu! tapi tak kesah, janji boleh lepas bila pakai smocking dress :P ke tak lepas?

tp part posing tu - phewww memang tak bleh blah! sgt natural hokeh! dari manakah tumpahnya kuah itu? kuahmu kah wahai mommy? :P

Diver Mom said...

baby kakak? hihi.. cutenya.. x pa la, nanti baby keluar nanti, dia akan panggil diri dia kakak la kot.. :) hihihi..

*comel pose! :)

FAM said...

Zufa: smocking dress muat, tp jeans ke pants ke laut semua. xmuat dah. susah btl nak beli jeans utk dia. pose itu? hhahah!! dtg mood baik dia blh laa

Zuhaini: harap2nye bertukarlah nt. mcm ultraman-bertukar!(ke power rangers?)