expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

March 30, 2010

Peminat Tegar KRU

Dengan bangganya saya nak mengaku saya peminat tegar KRU. Ngeeeeeeeeeee...

Alaaa....saya tau ramai peminat KRU kan...Uols pun minat kan? Kan? hehehehe.. Anyway, Sabtu lepas ada rancangan Istimewa Bersama KRU kat tv2. 1130pm ok! Gigihlah saya tunggu 1130pm tu walaupun mata dah ala nak terpejam sebab penat dan mengantuk yang amat. Dalam gigih-gigih tu, terlelap la juga. Sedar pun sebab tangan saya kebas sebab saya tido atas tangan. Tengok jam dah 1145pm. Cepat-cepat tengok tv2.

Syok jugak wooo...diorang pasang lagu-lagu lama KRU, dari zaman keding muka toya sampai la dah kawin (Edry and Yusry je la). Saya layan la lagu-lagu tu sume. Ala macam karaoke di tengah malam. Tapinya karaoke bisik-bisik je la....Dania and Nisha dah tido. Mr Hubby? Duk la geleng kepala tengok isteri dia nyanyi sorang-sorang tengah-tengah malam.....


Awas...parampa...Awas...parampa..............



Nasib baik tak bangun ikut joget rap.......haruuuuuuuu

6 comments:

CiKaYu said...

i pun minat kru juga dulu...suka lagu diaorg duet dgn elite...di pintu syurga...

linahilmin said...

owhhh... saya! saya!
nampak tak dah angkat tangan tinggi ni?

awas gerak langkah mu ooooo!!! ahakss!

Cutestamoi said...

Norman pun dah kawen la beb! Kitorang layan Hotel Mania. hehehe

Cutestamoi said...
This comment has been removed by the author.
Cutestamoi said...
This comment has been removed by the author.
MommyDania said...

Cikayu: my all time fav song is Ohh laa laa. rasa nak joget jek

Lina: yeayy!! ada gang!

Erma: aku tak layan, sbb takde KRU. hahahaha