expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

April 26, 2010

Rahsia Kulit Halus Mulus Cantik Berseri

Ramai yang memberitahu bahawa kulit (muka khususnya) saya sangat halus dan licin. Aawww, malu nak ngaku tapi dah orang memuji, kita terima seadanya,kan? Thank you, thank you. Bila dah ramai yang mengomen sebegitu, mulalah mereka risik-risik apa rahsia kejelitaan saya. Saya pun jawablah, kejelitaan hak milik setiap insan takde rahsia apa sangat pun. Mereka tanya lagi produk apa saya guna, macam mana rutin facial saya, itu ini. Wahhh gitu, dah macam artis dek non.


Jujurnya, saya tidak guna produk mahal-mahal pun tapi saya guna produk yang terbaik. The best show best results, kan? Ish, masih nak berahsia pulak. Bak kata tok ti, rahsiaku kini milikmu. Baiklah, saya dedahkan rahsia kejelitaan kulit halus mulus saya ini.


Rahsianya, senyumlah selalu dan guna produk yang terbaik untuk kulit kamu. Nah, senang je kan. Kulit kita ni beda-beda (dh indon pulak). Jadi produk terbaik saya tidak semestinya produk terbaik kamu. Jadi kamu perlu tahu apa produk terbaik kamu. Untuk saya, yang halal dan terus dari kilang itulah yang terbaik. Lepas tu kena senyum sokmo. Barulah terserlah kejelitaan halus kulit muka kita. Tidak ada regang sana sini, smooth and silky gitu.


Tak caya??? Baik, saya sediakan buktinya biar uols percaya.


















Lihat! Kan halus mulus cantik muka saya. Opss...saya maksudkan senyum ye, bukan ketawa bahak-bahak begini nampak gusi belum ada gigi. Senyum simpul cantik manes nampak lesung pipit sudah cukup ye...



Nah, begini. Produk terbaik hanya terus dari kilang. ;p




5 comments:

honeylanz said...

mmg halus mulus.. tp kt mn nk dapat produk sebegitu..heheheheh

kirana said...

mmg licinnnn..

CiKaYu said...

mmg mulus, gebu, dan halus....

m-i-o said...

auwww. makcik sgt jeles. kalaulah wajah makcik comel begini!

merah betul bibirmu neesha. pakai lipstik apa ekk? :P

s.c.h.u.l.t said...

haih...!

tertipu i!

tapi kamu comel lah baby. suka tengok senyum kamu :)