expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 12, 2010

Nisha Nak Story Nih

Mommy tu kan, beriya nak citer pasal trip gi Penang tapi tak cerita² jugak. Meh sini Nisha citer. Sket² bolehlah sebab Nisha pun bukan tahu sangat aktiviti sana. Yang Nisha ingat, duk dalam keta pusing² Penang tu, lepas tu adalah berenti dua tiga kedai comel². Lepas tu naik balik kereta. Lepas tu balik hotel.

Haa...citer balik hotel memang best. Sebab Nisha ada chance main air. Alaa...main air dalam pool. Tapi sampai hati mommy dengan abah bawak Nisha mandi pool masa hari last je. Tu pun mommy yang bagi idea. Kalau abah, dia tak nak bagi takut sejuk. Ishh...rugi tau! Nisha dapat main sekejap je. Dah la baju pun takde. Nisha mandi bo.gel je. Nasib baik la Nisha kecik lagi, cute pulak tu. Orang hotel tengok pun tak jadi marah. ngeeeeeeeeee

Eh...aunty nak tengok Nisha mandi ke? Aawwwww...malulah aunty. Kan Nisha tak pakai baju. Sket je la ek...buat tatapan hero-heroaunty semua.




Haa...tengok, ada gaya swimmer tak aunty? Nisha macam teringin nak jadi swimmer la. Bolehlah mewakili negara tercinta gi Olympic ke kan. Tapi abah tak kasi. Dia cakap mana boleh pakai sexy², nanti Allah marah. Ye ke...ye kut. Kak Nia pun cakap nanti berdoksa, masuk api neraka. Api neraka tu apa ye? Nisha tak tahulah tapi bunyi macam seram. Hmm...takpelah, Nisha swim suka² je la nanti dengan mommy, dengan abah dengan Kak Nia.

Aktiviti lain Nisha tak tahulah. Yang Nisha ingat Nisha asyik nenen je kat mommy. Sebab Penang tu panas, Nisha hauslaa. Bila haus Nisha nenen. Bila Nisha nenen je, mommy penat. Sian mommy tapi nak buat camne kan. Dah Nisha haus. Eh...apalah asyik nenen je. Nenen mommy best, I like! hehehehe...

Lain² Nisha tido je la. Katil kat hotel tu memang best. Nisha tido straight je sampai pagi. Kasi can mommy rehat. Pagi-pagi Nisha bangun nenen lagi. Ok lah aunty, Nisha pun penat dah cerita. Lepas ni nanti mommy sambung citer ek. Tadi mommy cakap nak citer pasal hard rock? Apa benda ntah tapi macam bestlah. Kak Nia pun nampak happy je. Nanti mommy citer ek.

Ok, before signing off, ecewah...sekali lagi untuk hero-hero aunty.



♥,

Nisha


5 comments:

KV said...

haha..comel jek nisha!

CiKaYu said...

comey betul....

Queen said...

ala comelnya nisha...

btw..akak tak try lepaskan baby tu ke?....haritu saya try...berjaya..tapi tak boleh lama...hihihi

mimi said...

hey! my first comment! hehehe
nisha sgt comel! u should let her hair grow panjang2..i love curly hair!!

FAM said...

KV: maceh kak

CA: thank you ;)

Queen: haa..try jgk. tp xlama la takut jatuh pulak kan.

Mimi: I like it too!!