expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 20, 2010

Shopping Punya Lama, Hasil?

Masa saya pegi Isetan ala-ala couple baru dapat anak first ari tu, dah pasang niat nak shopping baju+seluar+kasut+listip+compact powder+makan². Tu dia, ke main pasang niat. NIAT je. Maklumlah, dah hampir setahun takde belian baru untuk diri sendiri. Iye ke? Dulu beli barang maternity, barang baby.

Tapi alih² duk la kat kids department tu dekat sejam lebih. All in la tu, sambil membelek, renew Isetan card, sambil nenen, tukar dyper, belek lagi, cari pulak hadiah untuk baby baru lahir, belek lagi dan bayar. Tengok, tak ke lama jadinya. Itu pun dah ambil letak balik, ambil letak balik. Ala-ala kena audit dengan tukang bayar. huhuhuhuhu.

Then, dari kids dept nak turun ke ladies kan kena lalu men's dept kan. Berenti lagi. Tinjau sana sini Mr Hubby nak cari baju kerja dan kasut kerja. Kalau Mr Hubby nak beli baju or kasut, memang saya kena ada sama. Memilih baju memang dia tapi saya kena ada untuk quality control dari segi material fabric. Saya kalau pilih nak yang cotton je senang gosok! Hahahahah. So dah dekat sejam jugak kat men's dept saje. Dapatlah Mr Hubby kasut kerja dan beberapa helai baju kerja dan blazer. Bila kala nak turun ni...Hati dah ada kat bawah nih!

By the time turun bawah, kaki dah penat orang dah penuh sesak. Feel pun dah takdak. Cari kasut takdak yang berkenan dan murah. Ada yang berkenan kat 9West tu tapi 10% aje. Tak berbaloi. Sudahnya, saya rembat listip untuk puaskan hati. Tak sampai 15 minit.

So...persoalannya, sapa shopping lagi lama? Lelaki ke perempuan?


7 comments:

Queen said...

Lelaki...kalau shopping barang yabang..boleh pindah dari satu mall ke satu mall....

dari satu bhgian ke satu bahagian...kalau Ou yang besar tu..pusing 2 3 kali belum tentu jumpa..huhuhu...seksa..

saya?
saya beli blouse pun kat pasar pagi je..baru RM20... ehehheheh..paling kuat kat tesco...ataupun tunggulah ade sale di Jusco...ehehhee

jua said...

kalau antara i dengan suami, suami i yang shopping lama. sebiji macam Queen described.

linahilmin said...

husband! nk beli satu2 brg boleh terjah sampai 3/4 mall dah le sessi try-mentry amek masa berejam, nak2 beli kasut... bercinta tunggu!

honeylanz said...

lelaki!! sbb payah betul nk jumpa 100% menepati piawaian SIRIM..huhuhuhu

FAM said...

Queen: kannn???? pilih punye pilih. fussy nye ya rabbi! hehe

Jua: sama la beb. nak cari sandal pun payah benar.

Lina: mmg. kdg tu i dah tak larat, mana dia try i ckp ok je. tgk pun skali lalu je. huhuhu

Has: bab SIRIM tu 1 hal. kalau pilih baju ke, kasut ke, hatta belt pun byk piawaian dia. kita ni nmpk cantik, try ok..rembat je kan.

CiKaYu said...

laki lagi lama....peruntukan bukan 1/2 hari ok.....1 hari utk dia saje. quality control tu pun jawatan saya juga...kakakaka

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

hasben lg sopink lama...hehehehe