expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 19, 2010

Miss Vain & Drama Queen

Pemegang title itu adalah tidak lain dan tidak bukan orang paling kecik dalam keluarga saya. Kecik dari segi umur dan fizikal. Macam mana orang paling kecik boleh dapat title gah itu?

Si kecik tonet cute ni adalah sangat vain I tell you. Pantang letak dia depan cermin, tersengih² menampakkan gusi dan lesung pipit di pipi kirinya. Tak kiralah dalam apa keadaan sekalipun. Janji dia dapat tengok dirinya depan cermin, sengihlah dia. Hatta tengah manangis menjerit, kasi cermin tengok muka sendiri yang cute, terus sengih, kadang siap ketawa. Mesti dalam hati cakap, "Cutenye aku!" ngeeeeeeeee

Dah la vain, drama queen pulak tu. Ingat saya cakap walau tengah menangis menjerit huwaa huwaaaa, letak depan cermin terus senyap dan sengih? Haa...cubalah larikan pulak cermin tu. Maka bertukarlah jadi drama queen la si kecik ni, kembali aksi over acting dia dengan menangis huuwaaa huwaaa semula. Lepas tu, pantang letak atau tinggal, teruslah jadi pelakon hebat, buat-buat batuk suruh orang besar angkat. Kalau tak jalan, batuk itu akan jadi lebih kuat disusuli tangisan maha hebat siap pakej air mata meleleh kat pipi. Orang besar pun tak sampai hati tengok terus angkat dan pujuk olololololoooooo. Dan dan senyap dan sengih. Drama queen ok!


Tak padan kecik, tapi power!




The shirt says it all. Hahahahahaahahahaha


8 comments:

Ealyie said...

huhuhuhuh.. sindrom hanak kedua nyah hagaknye.. si Faris Mirza ni pon aku gelarkan si Drama King! Gaya & peel adalah lebih kurang jegh ngan si Drama Queen mu ittew.. *sob..sob..sob..*

FAM said...

Ely: best friends la depa dua orang nih! hahahahaha

CiKaYu said...

hahaha...sebiji sejiban dgn anak dara saya. memang tka lari...kalau nak pujuk bagi cermin...senyap

KV said...

hahaha..mmg kena!

aizuraawang said...

kena sangat laa t-shirt tuuu ;-)

FAM said...

CA: iye ke. se geng la. blh geng dgn faris anak Ely skali. heheh

KV: tu la. nampak tu terus rembat.

Zura: its a romper sebenarnya. carters & GAP mmg byk rompers2 cute mcm ni kan. geramsss

isz_3707 said...

haha, olololo tomeinye..suka cermin yer? girly gitu..dah nama girl musti suka mirror. ni beso siaple besolek berejam dpn mirror haha

FAM said...

Iszan: jgn berebut dior mommy dah le..hahahahaha