expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 24, 2010

Alkisah Si Kakak

Macam tak complete kalau dah cerita pasal si adik tapi tidak si kakak. Dania sekarang dah 3 yrs and half. Betahnya bercakap jangan cakaplah. Ada je benda nak komen, nak query, nak cakap etc. Kadang² tu letih jugak nak layan tapi most of the time, terhibur dan kelakar dengar dia bercakap. Selalu bila bercakap kadang tu mengalahkan orang tua membebel. Kalau kita ni ada tersalah buat ke tersalah cakap, siaplah mak enon kecik membebel pot pet pot pet. Like the old man says, when they are babies, we teach them to walk and talk, when they grown up, we tell them to sit and shut up. Ohh, bukanlah saya suruh dia shut up. She can talk as much as she wants. Kita ni kena guidelah on what they talk about kan.

Gebus kan? hehehe. Ni masa di Muar. Beriya nak pakai jugak tudung tu. Tu muka masam sebab ride tu tak jalan. Diorang tak on kan, boleh? Baik tak yah letak menatang tu...nyusahkan je.

Back to Dania. Selain bercakap tanpa henti, dia juga suka menyanyi. Banyak jugaklah lagu² terkini yang dia suka sangat. Wonder Girls, Juwita (Nubhan) and lagu² dalam Hotel Mania. Ohh, setiap selasa memanglah wajib kitorang semua kena tengok Hotel Mania ni. Dulu² tengok macam tak best, skali dah follow, hmm....boleh layan jugaklah cerita ni. Tengok dengan Dania concentrate abis siap nyanyi² walaupun tak tahu lirik & melodi tapi happy je tengok dia syok sgt layan Hotel Mania tu.

Ari tu kan kami ke Penang. Wah, sekarang asyiklah ajak nak mandi kt pool di Penang. Haru ok! Dia ingat kt Penang je ada pool kut. Agak² kalau saya bawak dia ke condo SIL saya dan tunjuk swimming pool, adakah dia akan cakap itu pun pool Penang? Hmmmm....

Ingat tak dulu Dania is so into Ben10? Ok, sekarang pun masih minat jugak walaupun dia mengaku Ben10 untuk boy, Barbie untuk girl. Sebab kalau ke Isetan KLCC, dia mesti singgah kat area toys Ben10 untuk tengok². Lepas tu baru ke Barbie section. Hehehe. Tapi ok lah, suka² macam tu je, mainan tetap nak Barbie dan seangkatan. Tapi baju wajib Barbie. Tunjuklah baju apa yang cantik di mata saya tapi takde muka si princess Barbie tu, jangan haraplah dia nak pakai. Nasib baik baju Barbie murah² compared dgn MC or GAP.

Hobi Dania? Main dengan baby dia. Dia ada banyak baby. Sorang baby betul nama Nisha. Lagi tiga baby patung dia. Ari tu saya dan Mr Hubby hadiahkan dia dengan baby baru. Suka sangatlah dia layan baby tu hari². Bagi susu, bagi makan, wash bam bam semualah. Lagi satu hobi sekarang snap gambar. Paling suka guna hp kaput saya. Baru² ni dah upgrade guna point & shoot camera. Ok jugaklah skill photog dia tu. Nanti saya tunjuk gambar² yang dia snap. Bolehlah lepas ni suruh dia je snap gambar untuk belog saya ni. hehehehehe

Ada gaya model tak? Posing sakan. Hehehe

Dania as the big sister.

Bila tanya Dania nak berapa adik, consistently dia akan jawab 'banyak!! five!' sambil tunjuk tangan dia. Ayoyoooo!!! We all love you Dania ♥


4 comments:

The Red Lover said...

gebus giler

mama hannah said...

five ek?hehehe..so,beb,ada lagi 4 kuota utk adik-adik nia.. hahahaha

FAM said...

TRL: cuba angkat pulak, tak daya!

Tun: gulp!!! *lap peluh dingin*

The Red Lover said...

muahahhah..tak leh la nak cuba. kalau ayang cuba mau la kena buasir nanti..ehhehehhe. Nak angkat nuwaila pun semput dah