expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 23, 2010

Girls Evening Out - Shoe Hunting

Sabtu lepas adalah satu petang saya bersama Dania. Lepas ,s>hai hai bai bai minta izin dari Mr Hubby, isteri nak keluar rumah wajib minta izin ok!, kiss Nisha, saya dan Dania vroommm ke Pavillion. Aim cuma satu, nak terjah charles & keith untuk sepasang dua pasang kasut.

Sampai je Pavillion, berjalan dengan lajunya ke C&K. Tersilap masuk parking, jauh pulak dari floor area C&K tu. Lagipun sampai dah 4.30pm, harus zaazzzz pantas. Masuk C&K, naik juling mata tengok semua cantik². Tapi yang cantik banyaknye yang tinggi² melangit. Saya nak cari yang rendang rendah² pulak sebab sesuai untuk waktu-bekerja-tapi-kena-banyak-berdiri-dan-berjalan. Cari punya cari sambil tanya consultant kecik, dapatlah sepasang. Ohh, kalau tanya consultant kecik tu, semua tak cantik kecuali yang warna pink & purple. Boleh?

Dan, hampir nak bayar nampak pulak wedges yang cun. Cun sangat tapi saya agak sengal sebab tak amek. Teringat my friend from FB said, 'biar menyesal beli dari menyesal tak beli!' Ohh.. sangatlah betul!

Anyway, on the way nak ke parking lot, saya duk berkira² nak patah balik untuk rembat itu wedges. Tapi kena tanya Dania dlu sebab dia dah penat.

"Nia, mommy nak pegi kedai kasut tadi, Nia penat tak?"

"Nia dah penat la mommy"

"Abih, nak pegi tak?"

"Tak nak la. Mommy pegilah, Nia dah penat"

Maka, pulang ke rumah sajelah. Takkan nak tinggal pulak anak comel gebus saya tu kan. Kalau ajak jugak pun, dibuatnya dia tak larat nak jalan, pengsan patah pinggang saya nak dukung dia pulak. Stroller tak bawak sebab malas. On the way berjalan, dalam penat² dia tu, sempat jugak dia paw saya JCo Donuts & Ribena. ish..ish....Sudahnye....













Saya masih terkenang akan wedges itu. Harus rembat jugak sooner or later.

4 comments:

fazi said...

mana hasil rembatannya?
Aku g OU hr tu pun byk seh wdges yg memikat kalbu tapi apakan daya kan..kalau beli pun laambaat lagi baru leh pakai..huhuu

The Red Lover said...

mana gambau kasut??

KV said...

a'a, baik beli dr tak lena tido. Wakaka. Prinsip yg akak pakai gak kadang kala.;P

FAM said...

Fazi: ala, beli pun takpe. nt blh pakai jgk. hehehe

TRL: nt friday lunch blh tgk live lg u! hehehe

KV: betullah kak. ni ari2 duk tgk gmbar dlm hp.selagi tak beli...