expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 9, 2010

Laporan

Laporan dari hari chaos lepas. Dua beradik selamat di hantar ke rumah SIL jam 8 pagi. Mulakan dengan sarapan nugget dan sosej. Lepas tu aktiviti kakak bermain dengan sepupu. Main, gaduh, main, gaduh adalah lumrah. Tak masuk lagi sesi jerit-menjerit seronok campur nangis campur marah sebab main dan gaduh berselang seli.

Si adik? Agaknya macam rasa lain, walau dah diberi susu tetaplah tak nak diletak. Harus di pegang sentiasa. Tidur pun cuma 1/2 jam. Lepas tu bangun dan memanggil² suruh diangkat. Angkat, senyap dan siap kasi senyum manes terus tak jadi marah.

Fuhhh! SIL kata memang pening. So sempat masak 1 lauk je, all in. Ayam goreng kicap terus campur sayur segala. Senang!

Mr Hubby take over dalam pukul 1pm. Pukul 2 sampai rumah, dua beradik dengan abahnyatidur berjemaah sampai kul 4.30pm. Hmm....Serupa macam tak jaga pun. Haahahah!!!

Saya balik kul 6.30pm, anak² dah wangi cantik. Syabas Mr Hubby!

Gitulah laporan chaos.

4 comments:

CiKaYu said...

bravo...

KV said...

memang agak hectic la. hehe

FAM said...

CA: bravo kt sapa? saya ke, mr hubby ke SIL saya tu? hehehe

KV: mmg penat la. jaga 6 bdk serentak!

mimi said...

yo! ehehe bile nk update gmbar2 tangkapan ciksu??;p