expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 25, 2010

Sekali Sekala Iftar di Istana Kuda

Thanks to the invitation, dapatlah saya sekeluarga 5+1 orang ni berbuka di Istana Kuda Emas. Harga buffet adalah rm85++, maksudnya cuma rm2.25 sahaja kurang dari rm100. Untuk seorang ye puan-puan. Pada waktu² biasa, rm100 tu boleh makan 5+1 orang dengan hebatnya. Tapi takpe, sebab dapat jemputan free maka adalah tidak baik jika tidak pergi. Bahahahahah!!! Padahal excited NM!!!



Kita mulakan dengan membuat lawatan ke tempat² dimana makanan dihidang. Ye la, dah nak waktu berbukakan? Takkan nak melawat kuda emas kut? Ada macam² sangat! Kat luar ni dah macam PaRam. Sesuailah untuk saya yang tak jejak² PaRam lagi. Sampai tengok itu, nak itu, tengok ini nak ini. Haaa...macam tu lah rasa. Siap cakap dengan Mr Hubby, kita pulun semua tau!


Wajib ada di setiap promosi buffet. Kalau takde tu macam tak menarik gitu. Roast lamb kali ni sedap sangat. Cooked to perfection. Lembut dan juicy dengan gravy yang likat menusuk tekak. Sedap! Sedap! Saya peminat lamb tegar! Ulang makan 3 kali.


Ikan kerapu bakar. Besar ok ikan ni! Sebesar chopping board kayu tu. Rasanye sedap walaupun dia bakar bodo je. Kena pulak dengan grilled mixed vege tu, memang ummph!


Ni pulak grilled lokan dan sotong yang amatlah besar. Saya tak makan pun both, lokan memang saya tak makan, sotong tu pulak nampak liat. Tapi Mr Hubby cakap sedap jugak. Rugi pulak tak rasa.


Ada otak-otak dan satar. Lama sungguh tak makan satar tu. Sedap jugak walaupun yang Terengganu lebih asli rasanya. Basically kat luar ni banyak yang bakar² or made to order macam laksa, mee rebus, kebab, roti john, satay. Uishhh....banyaklah!

Ada juga nasi putih dan lauk pauk yang sangatlah banyak. Yang pasti saya tak makan pun. Cuma ambik serba sedikit lauk² yang saya pasti saya tak tahu nak buat macam salmon baked with tomato sauce, lamb masak apa ntah tapi sedap, mussel baked with cheese dan adalah a few others.


Desserts pulak? Hmm....kes dah kenyang sangat maka dessert tu makan buat syarat jek. Janji jamah orang kata. Desserts tidak pelbagai, banyaknye cakes yang muak² dan kueh mueh melayu. Tapi black forest adalah TDF. Nikmat!


Inilah dia chef² yang bertungku lumus memasak. Masa saya shoot photo ni, diorang sengih² malu gitu. Hahahahaaha....ala pakcik, tak keluar newspaper, kuar blog biasa saya jek. Ngeeeeee

Hmm....pada saya buffet² hotel ni amatlah overpriced. Memanglah hidangan banyak sampai melimpah sana sini, tengok itu nak makan, tengok ini nak makan. Tapi, kapasiti perut manusia ni besar mana sangat. Congak² 1/3 sahaja yang dapat masuk ke perut. Yang lain tu buat hidangan mata je la. Ada saya tengok some 5 star hotel tu charge rm98++, rm115++. Wow!!! Yang pergi tu tak rasa membazir ke?


5 comments:

m-i-o said...

WOW~ speechless mak tengok limpahan makanan2 itu. klo mak pun, kena bayar sorila takmo tapi kalo org jemput - kecik tapak tangan, esofagus mak tadahkan. muahahaha :P

eh, TDF tu apa eh? dah berapa kali mak terserempak dgn acronym ni, tapi sampai ke sudah tak tau apa maksudnya. hehehe.

anyway, kambing kojol itu adalah terbaek! dah sah-sah klo kat umah kita takkan buat punye pi panggang kambeng seketul-seketul gitu. tihihi :P

linahilmin said...

i p grand dorsett pun ada ikan bakar sebesar2 alam tu.. tak sempat makan, dua kali toleh dah tinggal tulang! :p

Queen said...

itulah sebabnya sampai skang saya tak pi makan hotel..kalau congak2...sorang kata cikai2 RM50...dua og dah seratus..ajaka yabang pi PARAM KGBARU kasi ligan pun belum tentu habes RM100..hhahahah


http://desirequeen.blogspot.com

Unknown said...

owh, mak suke berbuka kat kuda emas tu.. dah 2 thun berbuka kat sana.. tahun ni tak meraso la den..

dia lagi best pergi 3 hari terakhir.. ada 20% off setiap sorang.. serius best!

FAM said...

MIO: esofagus ko besar ke tak? kut kecik, kena tadah perut la. hahahaha. TDF itu adalah to die for.

Lina: grand dorsett ktne ek? rugilah tak makan ikan besar.

Queen: mmg kan? ni pun sbb free. bayar sendiri kalu, idak la kut.

Mast: best kann??? tp yg tak best baru half way mkn dh kenyang so xdpt cover habis. huhuhu