expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

January 11, 2011

Dessert Ghairah Uols


Setelah dibakar-bakar, dicucuk manja, saya tewas jugak. Cepat-cepat ajak Mr Hubby masuk bilik pegi Jusco cari bahan. Tengok bahan pun kat twitter je. Bagus dok? Hahahahaaha. Kena pulak malam tu AJL25 hampeh dot com. Maka, amatlah sesuai untuk menikmati hidangan sexy ini sambil layan lagu. Mempersembahkan, hidangan dari hati...

Molten Chocolate Cake nama diberi.

Bahana twitter, terpengaruh dengan tumpahan coklat dek CC, rasa terpanggil mahu buat sendiri. Mekaseh dek. Seluruh keluarga kata sodap! Tiba-tiba semua senyap ajo. Ingat syok dengar lagu AJL, rupa-rupa duk menikmati MCC ni. Hahahah.....gue bangga dong!

Mau resepi? Ya bisa...bisa. Sharing is caring after all. Haaa, cepat salin okeh.

250gm dark chocolate. Bak kata dek CC, gunakan yang berkualiti. Saya guna Hersheys.
50gm butter
4 eggs
1/2 cup sugar
1/4 all purpose flour (ayak ye)
1 tbs cocoa powder
vanilla essence
fruits for garnishing
icing sugar

Preheat oven 180' C.
Cairkan dark chocolate & Butter secara double boiling. Ketepikan.
Pukul telur & gula sampai kembang cantik.
Masukkan choc cair tadi ke dalam bancuhan telur+gula yg dah kembang tu. Pakai spatula or senduk kayu or whisker sahaja. Takyah pakai mixer dh.
Lepas tu masuk pulak tepung & cocoa powder. Vanilla juga.
Masukkan 3/4 adunan ke dalam remekins yang dah digris dengan butter & tepung.
Bakar about 8-10mins.
Keluarkan, let it rest for a while.
Bolehlah hias ikut citarasa dan makan!



Bak kata dek CC lagi, nak makan, kena kasi potong 'lite-lite' manja gitu kasi filling tu melimpah. Sexy wooooo! Sedap juga kalau hidang 'warm' dengan a scoop of vanilla ice cream. Sure lagi terangkat. Renung-renungkan dan selamat mencuba!!

4 comments:

mamaDhea said...

perghh.. sexy.. :P kena try nih..

Ayu said...

nampak sungguh tempting! ;D

MarDiah said...

suka resepi kat sini. simple dimple. I dah try u punya Tiramisu. tapi modified jugak sikti sbb dah habiskan leftover cake. Sedap. Nanti nak try lagik.

linahilmin said...

wahhhh!
*gulp*