expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

February 21, 2011

Drama Sebabak


Semalam menghantar mama saya ke HK. Eh, bukanlah saya pegi HK hantar mama saya. Mama saya yang pegi. Anyway, seperti biasa, pakej lengkap bodyguard gagah perkasa bersama dayang-dayang mesti ikut sama. Selepas sesi manja-manja, its time to say goodbye and have fun etc. Nah, di sinilah bermulanya drama sebabak ini.

Dania meraung menangis syahdu sambil peluk kaki stok tak boleh lepas atau tarik sebab nak ikut nenda. Banyak cara, pujuk rayu semua tak berkesan. Yang adik mula-mula blur tengok kakak nangis. Mulut siap muncung-muncung konon komplen kakak dia nangis.

Memang jenuhlah nak pisahkan Dania dengan nenda. Segala macam cara tak berkesan. Sudahnya kena trick masuk kereta dan nenda keluar secara paksa. Dalam kereta pun sambung lagi nangis.

Kesian tapi nak buat camne kan. Yang pegi semua geng-geng 50an ke atas. Seminggu pulak tu. Mau sangap dibuatnya.

Oh, Dania bukan nak ikut pegi HK ye. Dia nak ikut naik flane je. Kesian.


No comments: