expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

February 18, 2011

JJCM Kali Ini Mengena


Saya jarang pegi kedai-kedai makan yang disyorkan JJCM. Pada saya, JJCM bertindak mengatakan semua kedai yang diorang pegi sedappppppppppppppppppppp sebab diorang makan preeeeeeeeeee! Matiklah haku kalau Falid Lezuan baca ni. Dan, dulu-dulu pernah dua tiga kali saya ikut JJCM ni mengecewakan. Sedap di tekak Maria, Serena tidak sedap di tekak saya.

Sekarang Qi boyfren Yuna jadi host kan. Dua minggu lepas dia tunjuk dia pi makan cendol kat Wahab's cendol. Kedai dekat Sri Rampai. Sebab dekat dan memang kepingin cendol, kami terjah. Kira sarapan cendol sebab sebelum tu kami ke taman. Haaa, elok sangatlah kan, pegi taman bakar lemak, pegi wahab tambah lemak.


Kami order ini,

ABC. Rendah je ABC ni. Mr Hubby cakap ni abc tak special maka rendah aje la. Rasa, biasa2 standard ABC la. Tapi cukup manis lemak dia. Ice pun sangat halus.

Tidak sah ke kedai cendol kalau tak order cendol. Ni cendol separa special. Cendol pulut + jagung + kacang merah. Sedap, cukup lemak santan, manis gula melaka, pulut pun lembut. Tapi saya kureng part kacang merah dia sebab keras & pahit sket. Macam tak mesra dengan cendol tu. Tapi Mr Hubby suka.

Dah nama nak sarapankan. Kami order mee rojak special. RM13 kau! Tapi kalau nak order ni, make sure nafsu makan sangat besar atau kongsi dengan orang lain. Portion dia mak aih, memang banyak sangat. Saya suggest makan dua mungkin boleh tiga orang. Ada mee (of cos la), udang, ayam, sotong, telur rebus telur mata pun ada. Kuah? Pekat, lemak, sedikit pedas. Sedaplah.

Kami order nasi ayam untuk Dania & Nisha sharing is caring. Tak amek gambar sebab dua-dua anak dah kelaparan.

Sapa-sapa nak pi pekena cendol, bulehlah pi Wahab's Cendol ni dekat Sri Rampai. Selang dua tiga kedai dari Old Town. Exact alamat gua tak tau.

Happy drooling...eh happy cendolling :p


3 comments:

Joy said...

mmg sedap! Rampai business park ;)

Mar said...

saya n hubby pergi jgk try hari tu.tapi x sedap di tekak kami. Sedap lg cendol kat tasik ampang hilir tu kot.tekak lain2,biasa la tu.

mamaDhea said...

nampak sedap weih cendol tu.. mak klu mkn cendol mesti nak yg ada pulut.. kacang merah takmo, tak syedapp.. hihi