expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

March 31, 2011

Mahu Makan Hidangan Mahal Tapi Kedekut?


Meh saya tunjuk satu tempat ni. Kedai dia kecik aje. Kalau nak pegi makan dengan suami, anak 1 atau 2, cantiklah. Tapi kalau bajet nak bawak mak pak, pak mentua mak mentua, ipar duai, sedara mara, budak-budak ada 13 orang, lupakan. Takdok tempat nak dudukkan semua sederet.
pic googled.
Ini nama kedainya. Fiske Steakhouse. Ada tempat aircon, ada juga duduk tepi jalan. Dah kata kedekut nak murahkan. Lokasi di AU2, Keramat.

Seafood carborana kut. Dah tak ingat apa ni. Order untuk Dania. Jarang order ni sebab Dania slalu share je dengan saya.

Ini Beef grilled special. Berbaloi la sangat dengan harga dengan portion. Ada two slices of beef, ada spaghetti dan mash potato dengan limpahan blackpepper gravy yang sangat banyak. Puas hati. RM14.50 (lbh krg - saya lupa dowh) Saya selalu order ini.

Ini pulak Mixed grilled; ada lamb, beef and chicken. Amek ko, semua binatang darat dalam satu pinggan. Disertakan dengan baked potato, coleslaw juga disirami blackpepper sauce banjir. RM20 saje. Berbaloi??? Mr Hubby selalu order ni. Tamak.


Ohh, daging yang digunakan daging biasa la. Bukan yang mahal wagyu (sp?) ke apa tu. Agak-agaklahkan. Tapi very tender, juicy senang kunyah. Selain western, ada jugak selera melayu. Ada set nasi dengan asam pedas melaka. Sedap dan pedas. Kalau saya makan memang sampai nangis basah hidung peluh semua keluar. Ada juga set satay. Satay dia memang sedap. Jauh lebih sedap dari sahmuri (overrated) dan satay melaka (kalau korang tau la). Satay dan kuah kacang dia sedap. Kuah kacang dia tak muak, ada pedas-pedas sikit.

We all satu family boleh kata selalu datang sini - dekat & murah. Sapa-sapa nak pegi, boleh belanja saya. hihihihihihi



This is not sponsored post, review ikhlas dari pengunjung tegar. :D


3 comments:

Anonymous said...

pernah makan satay station? if yes...satay kat fiske ker kat satay station lagi sedap?

hae hanafi

yanmaneee said...

adidas yeezy
moncler jackets
jordan shoes
off white
balenciaga speed
jordan shoes
lebron shoes
ultra boost
golden goose
lebron 13

slasu said...

informations spéciales Dolabuy Goyard jetez un œil à ces gars sacs de répliques en Chine allez sur mon site www.dolabuy.ru