expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

March 28, 2011

Student by Day...


Salam uols. Happy monday. Hari ni nak cerita pasal anak dara saya si Dania. Merujuk kepada tajuk di atas (ni le akibat asyik duk buat surat rasmi jek). Mari kita ulang tajuk itu,

Student by Day.....(sapa mau sambung ayat?)
















Baker at Night. hihihihihi


It all started when we went to Ikea last school holiday. Saje bawak Dania jalan-jalan padahal mommy dia kemaruk meatball and daim cake. Dah jalan pusing Ikea, sampai le tempat main kanak-kanak ni. Lama okeh duk sini. Nasib baik ada twitter. ngehehehehe. Hence the picture above. Lama laa dia duk main masak, basuh, susun pinggan, masak lagi, basuh pulak. Habis segala menu dia tahu dia buat. Tukang 'makan' takde orang lain mommy jugak! Nasib baik ko masak tipu-tipu Nia oi, kut masak bebetul, boleh jadi Dibo dah mommy ni.

Ok, bagi men-distract attention dia, harus la saya hulur baking set ni. Barulah stop main dan setuju untuk pulang. Kalau tidak, bermalam kat Ikea la jawabnya. Baking book tu pulak kebetulan jumpa kt Popular dengan harga amatlah murah Rm15 saje. Pueh hati.

Mari jadi baker. Dania siap mintak nak buat cookies nak bawak pegi sekolah. Mommy menurut perintah nak. Marilah buat biskut ikut resepi baking book tu. Senang yang amat senang, sambil buat, sambil snap gambar sambil twiter. Senangkan?

Dah siap uli dough, saya suruh Dania roll kasi leper dan tekap sendiri. Ni aksi dia menekap. Maap le gambar ada satu tu je sebab tangan dah penuh tepung, tak koser pulak nak pegang tepon snap gambar.


Nah, ini hasil tekapan Dania. Ada half moon, ada star, love dan bear. Ada 1 bear tu sebenarnya dah putus kepala tapi saya letak jugak, tekan-tekan sket. Konon ingat dia cantumla balik. TAK! Putus jugak. Gasakkkkk. Amacam?? Ada gaya Dania buat cookies? Hehehehe


Akhirnya siap cookies untuk dibawa bekal ke school dia. Excited benar nak bawak sampai sanggup tak makan lepas buat tu. Celik mata pagi pun siap pesan jangan lupa bawak cookies dia. Seronoklah kawan-kawan dia dapat makan cookies pree. Kawan-kawan, sila bawak bekal dan kongsi dengan Dania jugak okeh!




2 comments:

saudah said...

wah, dah ada junior masterchef ni..

mama uzma said...

wahh
sukanya nia wat cookies sendiri..bleh bayangkan mulut dia berceloteh cita ngan kwn2 mcm mana nia wat cookies tu...hihih


*nisha cepat2 besar..bleh wat mcm k.nia n bwk ke taska..hihi