expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

April 19, 2011

Ajaran Sesat Zizan


Sementelah ada # warna ni, semalam tertengok Zizan Show. Tak tahulah tengok semalam tu siri yang ke-berapa tapi nampak nau si zizan ni masih banyak kena improve. Takpe, ketepikan soal itu sebab aku bukan terror nak komen-komen bab-bab presentation skills ni.

Cuma aku tak puas hati tentang topik (masa aku tengok tu la. tengok sekejap lepas tu tak suka aku tukar #) yang dibincangkan. Ok, dah nama Zizan Show, dah tentu semua orang expect its a comedy show. No? Tak mungkin zizan buat talk show serious macam Siti Oprah kan? And dah tentu seisi keluarga duk layan sesamakan? Baik mak pak, atuk nenek, anak-anak kecik besar.

Topik semalam ialah: Apa nak jawab kalau cikgu tanya kenapa tak siap kerja sekolah?

Dia ada bagi countdown jawapan-jawapan tapi aku tak ingat jawapan sebelum. Yang aku ingat, jawapan terulung dia adalah...


"Cikgu, boleh tak jangan jaga tepi kain orang?"

Sounds funny? Yes!! At first, aku gelak. Macam tak jangka itu jawapan dia. But, imagine ko jawab gitu kat Cikgu Matematik merangkap cikgu disiplin. Agak-agak, ko dapat pelempang tak lepas tu? If I was the teacher, 95% yes!

Kemon la Zizan oii. Apa tujuan ko buat gitu. I know its a joke, but ko tak pikir ke, akan ada budak-budak especially feminat ko yang mungkin akan use the same excuse when asked by the teacher. Alasan: Zizan cakap gitu. Ko nak tanggung?

Ko sebagai artis paling top sekarang perlu la sensitif hal-hal macam ni. Sebelum come up with the topic, takkan takde brainstorming session. Timbang-timbanglah dlu topik tu sesuai ke tak, elok ke tak. Ok?


Dari seorang yang bergelar ibu,

1 comment:

Siti said...

yup! can't agree more with u!