expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 6, 2011

Pengalaman Hazab di Jalanraya Berbayar


Weekend lepas aku balik Muar. Sebab dah lama tak balik, so bila Mr Hubby ajak balik, kita balik. Jangan derhaka cakap suami. ;p

Lepas breakfast roti telur sorang satu kat Kayu Nasi Kandar, Ampang (motif aku bagitau?) kitorang bergerak balik. Mula-mula smooth. Kereta banyak tapi masih boleh gerak laju. Since baru lepas makan so hati manyak senang, aku ajak Dania nyanyi-nyanyi. Apa aja lagu keluar kat radio kitorang hentam nyanyi. Si Nisha tukang joget-joget. Kiri kanan, head banging semua adalah. Lagu Sedetik Lebih pun dia bantai head banging.

Sampai tol Sg Besi, mulalah hazab. Sepanjang-panjang jalan jam gila. Macam jam kat Jalan Tun Razak nun. Tak bergerak. Sampailah exit Ayer Keroh barulah lapang jalanraya tu. Gerak 1030am, 230pm sampai rumah. Mujurlah by the time jam tu Nisha dah mengantuk, aku nenenkan terus tido smpi 2.30pm tu. Ada dekat 3 jam dia tido.

Esoknya plan nak balik lepas lunch tak menjadi. Dania ikut nenek dan atuk pegi kenduri balik dalam kul 4pm. Yada yada yada jam 530pm kitorang gerak balik. Jam jugak, itu dah jangka. Cuba ikut LEKAS kut-kut bley laju. Nak menuju ke LEKAS pun amek masa. Sudahnya sampai rumah jam 930pm. Arghhhh!!!!



Moral of the story: Tak bley balik kampung time cuti sekolah. T___T

2 comments:

saudah said...

Cuti Agong memang akan jam. Kami pernah balik Jumaat malam, gerak jam 8.00malam, 11.30 baru tiba Senawang! Biasa time tu dah tiba rumah mertua dah..

CikW4nKemb4ng said...

ermm.. mmg kalu cuti skola berchenta la makan jammed takde roti kat highway

hihi
eh salam kenal :)