expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 9, 2011

Tired Thursday


Bila anak demam, effect dia sampai kat kita mak mak ni kan. Nisha ni jarang demam, biasanya dia selsema je. Kali ni pakej lengkap semua ada; selsema, batuk dan demam. Badan bole tahan panas. Dah tuam, sponging tepek cool fever semua. Semalam pagi bawak ke klinik, seperti biasa dapat ubat-ubatan.

Mujur anak-anak aku jenis tak payah sangat nak makan ubat. Tak perlu nak bersilat kungfu segala. Duduk, aku sua ubat. Habis jom kita clap your hands. Sudah!

Tapi bila badan tak sedap, dia punya merengek, sampai aku givap. Serious! Aku rasa macam helpless sangat-sangat. Puas la aku cuba ceriakan dia, si kakak pun beriya ajak main, baca buku semua. Yang dia nak hanya satu dan satu saje.

NENEN!

Susu tak nak, makan tak nak, nak nenen jek. Aku bagilaa....sejam lebih aku duk nenenkan dia tak boleh berenti, tak boleh beralih. Cer ko bayangkan! Nak buat apa pun tak boleh. Apa pun tak boleh!

Mujurlah sebelum tu aku dah siap-siapkan lauk lunch atas meja. Kesian Dania, kena senduk nasi sendiri dari rice cooker dan makan sorang-sorang. Mula tu aku dah cakap, nanti adik tido kita makan sama-sama. Tapi sudahnya aku suruh dia makan dulu sebab aku tak tahu aku boleh makan bila.

Sekarang, seluruh badan aku dah lenguh. Kepala sangat sakit. Tak cukup tido sebab Nisha asyik bangun je. Kesian dia. Kesian aku jugak. Tsk tsk...

Cepatlah baik budak manja.

Sekian, entry luahan perasaan. >__<


3 comments:

mast@work said...

ku memahami mu.. tsk tsk.. redha aje le jadi milkmaid gitu kan..

moga cepat sembuh..

Cery said...

salam kenal...suke gak singgah blog awk ni...jemputla dtg ke blog. tukar2 info parenting dan mcm2..
jom baca ni gak tips utk ibu bapa
http://www.mamafaiz.com/search/label/tips%20utk%20Ibu%20Bapa

FAM said...

Mast: thanks beb. she's recovering now. batuk je xpulih2

Cery: hye!! thanks :)