expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

December 19, 2008

jumaat barakah

Ada apa dengan Jumaat?

Pada kebiasaan pejabat, waktu break hari Jumaat adalah dari 1230pm hingga 230pm. Betul kah? Pada kebiasaannya, apakah yang dilakukan oleh para wanita2 (lelaki terkecuali sebab mereka sememangnya kena ke masjid solat Jumaat) pada waktu ini selain makan?


Hmm..saya terkenangkan tempat kerja lama saya. Saya dan beberapa rakan mengular...opps.. biasanya akan membuat lawatan tapak ke Mid.Valley / O.U / I.kea hatta ke KL.CC (harap maklum, pejabat kami di sekitar PJ State). Tidak mengira waktu gaji, waktu sengkek, kami tetap setia ke sana. Agendanya???

Makan

Cuci mata..sambil2 mengopakkan wallet masing2.

Membeli kudapan atau jajan.

Ya!! Inilah yang kami lakukan saban Jumaat. Dan kami mesti balik ke pejabat sekitar jam 3.30pm (alasan: tidak mahu bersesak dgn kaum wanita lain blk opis) atau lebih afdal lagi terus balik rumah. Hohohoho!!


Pesanan kepada bos lama: YA AMPUNNNNN!!!!


Pesanan kepada rakan lama: Saya rindu zaman dolu2!!


Sekarang??

Hmm...saya masih jalan2 waktu break Jumaat, tapi saya pastikan saya sampai pejabat tepat jam 2.30pm. Ini kerana, selaku pekerja dan juga bos, saya kena tunjukkan contoh perilaku yang baik kepada rakan sekerja dan bos (terutamanya bos!)

Sekian. Barakah kah?

No comments: