expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

December 22, 2008

Transformers & Bola

Semalam genaplah Dania masuk 2 tahun. Memang macam2 aktiviti la kami anak beranak semalam. Dan, Dania macam tau tau dia dah mengenjak ke 2 tahun ni, macam macam pulak peel dia. Tapi takpe, dia tak kacau mommy, dia kacau abah. Hahaahahahaha!!!

Kacau 1

Aktiviti kacau mengacau mula pukul 1030mlm selepas balik dari melawat sedara yang sakit. Sampai je rumah, hubby on tv belek mukasurat 411 (HBO) ada movie Transformers. Saya pun layan je la. Yang kelakar, Dania tak minta tonnnn (cartoon) seperti biasa tapi layan Transformers bersama-sama. Agaknya syok jugak dia tengok robot2 tu lompat2, terbang, tumbuk2 bagai. Dan ini antara ayat2 dia..

"Abah, dia ompat-ompat (lompat-lompat)"


(harap maklum, setiap kali Dania bagi apa2 statement kepada sapa2, org itu kena mengiyakan dan ulang ayat dia sebagai memberi isyarat kepada dia yg org itu paham..-paham ke?)

"Iya..dia lompat-lompat."

"Abah, obot tebang (robot terbang)"

"Haa...robot terbang"

Dania bangun, tepuk tangan "Abah, obot tu jatuh" (ni lepas tgk robot jahat tu jatuh)

"Haa...robot jatuh"

Sambil tepuk tangan lg dan dengan kuat okeh "Abah!! Obot jatuh!!!"

So abah pun kena tepuk. Dan saya dah mengantuk tahap gaban terus ajak Dania naik tido.

Kacau 2


Saya nenenkan Dania nk suruh dia tido. Hubby dh pesan, tido dulu sebab dia nak turun tengok bola pulak. Dania pada ketika ini dh lalok, mata dah kuyu tiba2 bulat kembali sebab dengar bola.
"Nia nak main ball"

"Abah bukan main ball la..abah tgk ball kt tv"

"Nia nak tgk ball" (suara ala2 merengek2 sambil tendang2 bantal bagai)

Hubby pasrah. Terpaksa bawa Dania tgk ball dari 12am sampi 130am baru dia tido. Saya dah selamat sampai ke lalaland. Pagi tadi, hubby cakap jenuh layan Dania. Melukis, cerita bear (dari buku Goldilocks), tengok PHDC tgh2 malam, buat susu etc.

Dan pagi tadi, memang susah nak kejut dia bangun pegi school.

Ohh...Apa jadahnya anakku ini!!

1 comment:

Pretty Boulevard said...

Tie Rack scarves and Liz Claiborne bags for sale! Plus other bags including authentic Coach coming in near future! Do visit our page at http://prettyboulevard.blogspot.com