Tergerak pulak hati nak cerita alkisah perbualan saya dan suami. Err, bukanlah cerita apa pun.
Semalam suami saya pulang lambat. Ini biasa saje dek kerana tak buat keje yang melambak. Katanya..
Semalam sambil tengok Samarinda cerita Rozana yang hampeh tu, kami laki bini pun tak tau kenapa kami tengok citer tu. Kesnya kat bilik takde Astro. Ok, ni bukan topik sebenar. Suami saya ceritakan topik perbualan dia dengan boss dia bernama Ali, bukan nama sebenar. Untuk makluman, boss suami saya adalah tua sedikit sahaja dari dia, kira muda belia lagi la.
Ni kira lebih kurang perbualan mereka yang diceritakan oleh suami saya.
Suami: Li, nanti bulan 3 aku cuti tau. Wife aku dah beli tiket gi B******. (cess, haku lak yg kena, padahal atas arahan dia)
Ali: Oh ye ke? Syok jugak gi cuti-cuti nih. Rehat-rehat ek?
Suami: Tu la..wife aku dah bising asyik balik lambat, sabtu keje. Tu yang dia ajak gi holiday tu. Aku ikut je la kan..... (sekali lagi ayat melepaskan diri....haku jugak yg kena)
Ali: Aku pun plan nak cuti-cuti jugak la. Tapi kena tahun depan la. Aku nak gi London.
Apakah???
Fahamkah??
5 comments:
erm, apakah???
Tak faham... Tak mau kalahkah? Atau apakah? Hahaha
aku pun tak paham...huhuhu
hmm...ikut pahaman sendiri la. hehe
Lola, masa mula2 my hubby cite tu, that's what I thought also. Keji btul aku nih!
ya lah..boss kena la pi tpt lagi jauh and MAHAL..alaa..AA dah murah ke sana..hikhik
Post a Comment