expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

March 13, 2009

Bandung - The Arrival

**Post ini agak panjang, mengenai travelogue keluarga dan teman-teman ke Bandung & Jakarta. Its for my keepsake and for you yang rajin nak baca jugek**

Tepat jam 345pm, flight kami sekeluarga ke Bandung menaiki pesawat Air Asia Indonesia berlepas dalam hujan gerimis. Penerbangan hampir 2jam itu lancar walau ada sedikit gegaran dek kerana cuaca yang tak baik. Kami sampai di Hussein Sastranegara Airport Bandung pun masih hujan. Kena berjalan kaki dari 'fane' ke terminal airport. Yup, ini kali kedua kami sampai ke Bandung. Dulu honeymoon, sekarang familymoon.

Masa jalan ke 'fane', Dania dah terkinja-kinja melompat-lompat girang sambil jerit-jerit "flane" "FLANE!!" (sebutan dh ok sket, instead of 'fane' dh jadi 'flane') Once seated, dia amat excited sebab tengok melalui tingkap ada lagi banyak 'flane' kat luar. Her statement,

"Abah, banyak flane!"

"Flane tu nak pegi mana Nia?"

"Flane nak pg kedai"

"Buat apa pegi kedai?"

"Soping"

Hahahahaahaha!!! She is so ganna be me!


Muka excited dah duduk dalam 'flane'
Di airport, sudah ada supir chauffer menunggu kami dengan van nama Elf (macam nama kartun yang besar berbulu tu kan). Van itu memang besar, boleh muat 12 orang. Kenapa kami guna Elf yang besar? Sebabnya kami bukan bertiga, kami berlapan lima daripadanya adalah babysitter Dania di import khas. Dari airport langsung terus ke train station untuk ambil kawan-kawan saya pula. Mereka ambil flight MAS dari KL ke Jakarta dan menaiki train ke Bandung. Pemandangan yang indah kata mereka.

Menginap di Royal Dago Hotel memang best. Walaupun hotelnya bertaraf 2 bintang, tapi kami puas hati. Dengan hanya lebih kurang RM100 semalam kami dapat katil king size untuk aktiviti lasak tido dengan anak kecil, tv, hot shower dengan bathtub etc. Cukuplah sekadar nak rehat dan tido malam. Dan paling best, di Jalan Dago ini, amatlah dekat dengan Factory Outlets. Sebelah hotel, ada Amanda Brownies, kedai brownies paling popular di Bandung. Menariknya hotel ini, kalau nak iron baju, diorang akan ironkan baju anda, tapi ada charge la..diorang memang tak provide iron and iron board. Untuk iron dan laundry amatlah murah. Satu jeans baru rm1.50 aje...So, kalau nak ke Bandung, tak perlu bawa banyak baju. Laundry atau beli aje!

Since kami semua sampai ke Bandung dah petang menginjak ke malam, dan hujan, hari pertama kami cuma rehat, room service dinner dan tido berjemaah mak peot nyah, xde honeymoon bagai. Esoknya bermula episod mengirai duit!!!

Sampai dalam pukul 8pm, dah tertido. Kejutkan dia, makan, mandi, tido lagi.

3 comments:

kaezrin said...

ishh sambung citer nih cepat2 sikit..jgn tangguh lama2 ...lemau nanti...nnt nak contact supir kat sana boleh ker?

Anonymous said...

Trus gelak besar part Dania cakap plane nak gi sopping!!! Pandai anak mak!!!

FAM said...

kaezrin: our supir to mmg highly recommend. i'll give u the contacts later.

ML: mmg, itu je la jawapan dia.