expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

April 23, 2009

Dunia Akhir Zaman

Beberapa hari lepas, ada dengar berita kat radio. Lebih kurang macam ni la ayat berita tu,

"Seorang bapa mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol anaknya. Katanya, saya tidak merogol anak saya, tapi saya cuma mencabul dia..."

Tak semena-mena papa saya yang sangat la sopan tuturkatanya cakap "Babi! Tak guna!"

Ya Allah! Apa punya bapak la yang sanggup buat macam tu pada anak sendiri kan? Darah daging sendiri, zuriat sendiri.

Hari ni pulak kecoh pasal maid dera budak-menurut video dalam 360 tv3 tu (saya tak tengok semalam). Saya tengok video youtube. Oh, tak sanggup nak tengok habis. Cukup setakat maid tu naik atas belakang budak kecik tu, takat tu dah menjurai air mata saya.

Saya tutup, pegi surau, amek wuduk terus solat. Sangat insaf dan bersyukur keluarga saya dalam keadaan baik-baik, jauh dari malapetaka begini. Saya doakan you all jugak baik-baik hendaknya.



Hmm...Mama saya cakap, inilah dunia akhir zaman.



p/s: sorry...emo pulak hari ni..

p/s: I still can't take the video out of my mind...sedih geram bercampur

8 comments:

Nurhayati said...

pasal video tu kan.. i pun nangis gak.. giler jahat maid tu kan kejam ya amat.. kalau i la majikan.. i dera dia cam dia buat sama kat budak tu.. pastu baru hantar kat polis bole hihihi (jahat juga aku ni huhuh nauzubillah)

takutkan zaman skang ni..tak leh bayangkan camne nak besarkan anak esok2.. dlm keadaan dunia yang terlampau. huhuhu

FAM said...

yati: betul! kalau pg klcc ari sabtu lg la, tgk bdk2 melepak hisap rokok, peluk2 laki pompuan. eee, ngeri! minta dijauhkan dari kita semua.aminnn

mamaDhea said...

MD,
saya baca entry ni pon bulu roma meremang.. apetah lagi nak tgk video kat youtube tuh.. oh, tidakkkk sanggup!

ANAKIRANA said...

dah tgk gak video tu...
sedih ya amat...nk luruh jantung tgk dia pijak2 budak tu,..ya allah..makin takut nk tinggalkan anak kat org

FAM said...

MD: memula sbb nak tau konsep dera tu, tp dh tgk, terus tutup.

kirana: aah, kena tawakal, doa byk2 minta dipermudahkan

mama uzma said...

huhuhuu....
iena da ngok video tuh td...
dasyatnya dan kejamnya...

iena masa pantang mmg ada amik maid..tuk wat keje umah...tapi bab2 jaga baby(uzma..)no way...iena mmg x caya...sampai MIL kata.."nape wat mcm tuh...sian dia.."

lah nak sian apa lak..da btui..org2 mcm tu jgn bg muka sgt..nnti lupa diri...

mama HZ said...

aku pun x sanggup gak la nk tgk vid tuh,baca blog ko ni pun aku dh dpt agak dh betapa kejamnye maid tuh,patut bagi mkn rimau je maid n bapak tuh..huhuhu

FAM said...

mama uzma: bg org jaga xpe tp kena pantau la. mcm iena ada kt umah, so ok la kan..blh tgk

tun: mmg..neraka jahanam je tmptnya!